1. Mencapai sasaran 10% Penyertaan Peringkat Kebangsaan
2. Mencapai sasaran 5 % Penyertaan Peringkat Negeri
3. Mencapai sasaran 30% Penyertaan Peringkat Daerah/Zon
4. Mencapai sasaran 100% lulus Penilaian Kokurikulum dan 5% Murid mendapat Gred A
5. Mencapai skor 4 SKPMg2 Std 3.2 bagi semua Unit Kokurikulum
Unit Kokurikulum SK Taman Puteri memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk membangunkan potensi murid agar menjadi insan yang cemerlang dari segi mental, fizikal dan emosi ke arah kecemerlangan dalam kokurikulum dan sukan ke tahap tertinggi.
1. Membina dan mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam semua aktiviti kokurikulum dan sukan.
2. Memantapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan murid semasa melaksanakan pengurusan persatuan / kelab / unit beruniform dan semasa terlibat dalam aktiviti kokurikulum serta dalam pertandingan.
3. Membina dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid agar menjadi pemimpin yang berwibawa dalam aktiviti kokurikulum.
4. Meningkatkan kemahiran berbahasa murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
5. Melahirkan murid bersahsiah tinggi yang berakhlak, beretika dan patuh kepada ajaran agama dan bangsa.
6. Memantapkan murid yang mempunyai jati diri dan kecintaan kepada Negara.
7. Memperkembangkan potensi dan bakat murid ke arah peningkatan pencapaian kkurikulum dan sukan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
8. Meningkatkan kualiti pengurusan kokurikulum dari segi pematuhan ketetapan, perubahan positif dan keselarasan dalam pelaksanaan kokurikulum sekolah.
9. Memantapkan pengurusan unit kokurikulum bagi memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan pengukuhan pembelajaran dalam bilik darjah.