Salam Maulidur Rasul SAW
12 Rabiulawal 1442H I 29 Oktober 2020M
اِنَّ اللّٰهَ وَمَلٰٓٮِٕكَتَهٗ يُصَلُّوۡنَ عَلَى النَّبِىِّ ؕ يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡا صَلُّوۡا عَلَيۡهِ وَسَلِّمُوۡا تَسۡلِيۡمًا
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat kepada Nabi (Muhammad saw). Wahai orang-orang yang beriman! Bersalawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
-Surah Al Ahzab, ayat: 56-
Bersempena Maulidur Rasul SAW, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Jom berselawat!
Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga, jadual ini akan digunakan sepanjang tempoh PKPB sehingga sesi persekolahan dibuka semula.
Guru mata pelajaran akan berkongsi video, nota, latihan, kerja rumah, kuiz, google meet LIVE atau apa2 yang difikirkan bersesuaian mengikut keadaan menerusi medium Google Classroom/WhatsApp.
Sekian, terima kasih