ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..
SELAMAT PAGI ANAK-ANAK..
BAHASA MELAYU : TATABAHASA
TAJUK : KATA BANTU
Baca nota penerangan dalam slide yang diberi di bawah.
Buat nota ringkas mengenai Kata Bantu
Jawab soalan pengukuhan yang di beri.
LATIHAN PENGUKUHAN
Jawab semua soalan.
1. Kerja-kerja membangunkan kawasan taman sains itu__________siap sebulan yang lalu.
A telah C masih
B mesti D akan
2. Kita______berhati-hati semasa melintas jalan raya.
A masih C mesti
B sudah D sedang
3. “Jangan sekali-kali minum air yang________dimasak,” pesan Cikgu Azizah.
A akan C sudah
B hendak D belum
4. Semua bangku di taman itu__________digantikan dengan yang baharu tidak lama lagi.
A sudah C akan
B sedang D masih
5. Sekiranya kita______berjaya, kita mestilah meningkatkan usaha dengan banyak mengulang kaji pelajaran.
A hendak C akan
B masih D mesti
6. Walaupun sudah pulih tetapi dia_______belum boleh berjalan dengan baik.
A masih C hendak
B akan D mesti
7. Ayah _______ke KualaLumpur pada bulan hadapan.
A telah C sedang
B akan D sudah
8. Kita__________lah bijak memilih kawan sekiranya kita ingin berjaya.
A sedang C mesti
B telah D hendak
9. Semua pendatang tanpa izin__________dihantar ke negara asal mereka pada bulan depan.
A telah C masih
B belum D akan
10. Nur Fasihah__________ mengulang kaji pelajaran di dalam biliknya.
A telah C sedang
B akan D belum