ASSALAMMUALAIKUM DAN DALAM SEJAHTERA....
SUBJEK: B.MELAYU
TAJUK : KOMSAS (SAJAK)
ARAHAN :
Tonton video deklamasi sajak di bawah dengan teliti.
TUGASAN 1 - murid diminta membuat rekod bacaan sajak ( satu rangkap sahaja) dan hantar melalui telegram.
TUGASAN 2- Salin nota-nota yang diberikan di bawah. (maksud sajak, tema, persoalan, bentuk dan ciri-ciri sajak, gaya bahasa, nada, nilai dan pengajaran sajak).
ISI KEHADIRAN DALAM PAUTAN DI BAWAH
https://forms.gle/uGgwPgGRZJQVGrF76
NOTA KUPASAN SAJAK.
MAKSUD SAJAK
RANGKAP 1
Tuhan menjadikan bahasa untuk manusia, disertai akal. Manusia menggunakan akal dan bahasa dari zaman ke zaman, bersesuaian dengan perubahan yang berlaku
RANGKAP 2
Tuhan menjadikan orang Melayu dengan warna kulitnya sawo matang. Bangsa ini menjadi pengembara di lautan, mengembara jauh ke pulau-pulau dan pantai-pantai.
RANGKAP 3
Setiap yang ditemui dalam pengembaraan ialah ilmu, iaitu setiap benda disertai perkataan yang menerangkan benda itu. Perkataan-perkataan yang sering disebut oleh manusia ialah langit, bumi, laut, gunung, awan, hujan, dan pohon. Manusia mendapat manfaat daripada kesemua ciptaan Allah dan manusia hendaklah beriman. Manusia berpeluang untuk menambahkan ilmu dan meningkatkan keimanan melalui pembacaan kitab-kitab yang dikarang pada masa silam. Kitab-kitab tersebut memuatkan ilmu-ilmu agama.
RANGKAP 4
Bahasa ialah alat untuk manusia menambahkan ilmu. Dengan ilmu, manusia dapat memahami kewujudan alam semesta.
Tema
Manusia dan alam ialah ciptaan Allah.
Persoalan
(a) Bahasa ialah anugerah Tuhan yang penting untuk manusia.
(b) Sesuatu ilmu yang dipelajari bersesuaian mengikut tempat dan suasana.
(c) Bangsa Melayu pada masa lalu merupakan bangsa pelayar.
Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Terdiri daripada empat rangkap.
(b) Rangkap pertama dan rangkap kedua mempunyai lima baris, rangkap ketiga mempunyai sembilan baris, dan rangkap keempat mempunyai tiga baris
Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Bahasa Arab. Contohnya, istilah.
(b) Bahasa klasik. Contohnya, samudera.
(c) Unsur alam. Contohnya, samudera; pulau-pulau; pantai-pantai; langit; bumi; laut; gunung; awan; pohon; buah-buahan; alam
Nada
Keagamaan.
Nilai
(a) Kesedaran.
(b) Keberanian.
(c) Kebanggaan.
(d) Kerajinan.
Pengajaran
(a) Kita hendaklah mempelajari bahasa dengan sungguh-sungguh.
(b) Kita hendaklah berani ke tempat yang jauh untuk mencari ilmu dan rezeki.
(c) Kita hendaklah memikirkan dan menghayati ciptaan Allah.