ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...
SUBJEK BAHASA MELAYU (KOMSAS)
TAJUK: SAJAK (KU CARI DAMAI DI SINI)
KUPASAN SAJAK
Maksud sajak
Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa dia mencari kedamaian di negaranya yang makmur dan merdeka. Kemerdekaan tersebut dianggap berada antara kenyataan dan impian. Hal ini dikatakan demikian kerana wujudnya perasaan ketidakpuasan hati antara rakyat. Namun demikian, penyajak menyatakan bahawa perasaan negatif itu perlu diubati dengan bersangka baik, iaitu dengan menjadikan sejarah persaudaraan untuk membina rasa kemanusiaan.
Rangkap 2
Penyajak menyatakan bahawa kedamaian juga dicari dengan rasa kasih sayang dan dengan keperibadian mulia rakyat Malaysia. Perasaan kasih-mengasihi yang tulen perlu disemaikan dalam sanubari.
Rangkap 3
Penyajak menyatakan bahawa walaupun negara kita ada masalah, tetapi kita masih boleh berdamai dan hidup dengan aman di negara ini. Penyajak berharap agar kemerdekaan yang dicapai akan berkekalan. Segala masalah perlulah diatasi dengan bijak supaya kejayaan yang tercipta menjadi kebanggaan generasi akan datang.
Tema
Penghargaan terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara.
Persoalan
(a) Kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak akan datang dengan sendirinya.
(b) Negara kita ialah negara yang aman dan makmur.
(c) Kemerdekaan hendaklah diperjuangkan agar beroleh kemajuan.
Gaya Bahasa
(a) Hiperbola. Contohnya, membebat perasaan kehidupan.
(b) Metafora. Contohnya, laman sukma.
Nada
Patriotik.
Bentuk dan Ciri-ciri
(a) Terdiri daripada tiga rangkap.
(b) Bentuknya bebas.
(c) Rangkap pertama mempunyai enam baris, rangkap kedua mempunyai lima baris, dan rangkap ketiga
mempunyai empat baris .
Nilai
(a) Kesyukuran.
(b) Hormat-menghormati.
(c) Patriotisme.
(d) Keinsafan.
Pengajaran
(a) Kita mestilah berusaha mendapatkan dan mengekalkan kedamaian.
(b) Kita hendaklah menghargai kemerdekaan negara.
(c) Kita hendaklah memastikan kedamaian negara terus berkekalan.
ARAHAN:
Tonton video bacaan sajak Ku Cari Damai Di Sini.
Buat rakaman bacaan sajak dan hantar kepada cikgu melalui aplikasi Telegram
Salin kupasan sajak di atas.
Buat latihan yang diberikan.