Pihak Pertubuhan Kebajikan Gabungan Penggerak Ekonomi Malaysia (GPEM) memberikan sumbangan secara langsung kepada pihak yang memerlukan terutamanya rumah anak yatim, rumah orang tua dan keluarga daif yang memerlukan sahaja.
Sumbangan juga diberikan setelah menerima zakat atau sumbangan daripada individu mahupun syarikat yang terus menyalurkan kepada pihak GPEM melalui :
akaun bank Pertubuhan GPEM : 1102127754 ( Bank Rakyat)
Sumbangan yang diberikan adalah makanan asas kering atau basah mengikut sumbangan yang diterima seperti beras, gula, garam, kordial, telur, sardin, sirap, air meneral, bihun, minyak masak, teh dan kopi.
Selain itu juga, pihak GPEM memberikan makanan bungkus di Masjid setiap malam jumaat kepada jemaah selepas solat magrib dan bacaan yassin.
Semoga dengan sumbangan ini dapat kita berkongsi rezeki serta diterima amal ibadah kita kelak.
Aamiin.
Ikhlas daripada kami, warga GPEM
Untuk makluman lanjut boleh menghubungi ; 011-5926 8081 (GPEM Hotline) atau tekan link whatsapp di bawah :