Pembangunan ekonomi diambil kira oleh NGO Pertubuhan Kebajikan Gabungan Penggerak Ekonomi Malaysia (GPEM) dengan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan kerja.
Pihak NGO GPEM juga mencari syarikat dan institusi yang memerlukan pekerja mahir mahupun pekerja am untuk bekerja dengan syarat yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, pembukaan kilang bagi pengambilan pekerja mahupun memberikan peluang kepada pelatih sebelum diserapkan bekerja secara tetap.
Kursus dan bimbingan juga diberikan kepada masyarakat melalui GPEM Consultant dalam menangani isu masyarakat yang terlepas peluang pekerjaan dengan nasihat pakar, mengenal pasti masalah serta mengajar cara berkomunikasi serta pembelajaran menghasilkan resume yang lebih menarik.
Selain itu juga, kerjasama antara pihak NGO GPEM bersama syarikat yang menjalankan ekonomi jual beli dengan kerjasama bersama untuk memberikan potongan harga dalam pembayaran jual beli barangan seperti makanan, minuman, pakaian serta alatan yang selalu digunakan oleh masyarakat.
Semoga ekonomi dapat berkembang melalui program yang di aturkan serta sedikit sebanyak dapat membantu peniaga serta orang ramai menjual dan membeli tanpa merasakan bebanan.
"Bersatu Menjana Ekonomi"
Majlis Tertinggi GPEM