PERTUBUHAN KEBAJIKAN GABUNGAN PENGGERAK EKONOMI MALAYSIA (GPEM)
PERTUBUHAN KEBAJIKAN GABUNGAN PENGGERAK EKONOMI MALAYSIA (GPEM)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat melayari laman web Pertubuhan Kebajikan Gabungan Penggerak Ekonomi Malaysia (GPEM) kepada pengunjung yang pertama kali singgah di laman web ini. Menjelang tahun 2023, GPEM juga turut melangkah ke satu lagi babak baru dalam rangka kegiatannya sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan atau Non-Government Organization (NGO). Ini dimanifestasikan melalui pelancaran laman web PSM yang baru dengan usaha penambahbaikan bagi memudahkan perhubungan dengan permasalahan masyarakat. Segala kemudahan dalam bidang teknologi maklumat akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
Melalui laman web ini, setiap pengunjung boleh mendapatkan pelbagai maklumat tentang GPEM. Antaranya berkaitan latar belakang GPEM, keahlian GPEM, perlembagaan, kebajikan, ekonomi, banteras ah-long, unit tindakan khas GPEM dan aktiviti semasa. Pengurusan, program dan aktiviti GPEM dapat diuruskan dengan lebih cekap lagi dengan kemudahan memuat naik dan memuat turun bahan berkaitan.
Adalah diharapkan laman web ini akan mendapat ramai pengunjung, dan pada masa yang sama laman web ini juga perlu sentiasa dikemas kini. Saya percaya kemudahan teknologi seperti ini akan dapat memberi banyak manfaat terutamanya dalam memastikan GPEM bergerak aktif memenuhi tujuan penubuhannya.
Sekian.
"Bersatu Menjana Ekonomi"
Presiden GPEM,
Pertubuhan Kebajikan Gabungan Penggerak Ekonomi Malaysia