DAFTAR SEBAGAI AHLI SAWANAH SECARA PERCUMA UNTUK NIKMATI PROMOSI TERKINI
Kandungan
Kebiasaannya, kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun yang kurang sihat disebabkan oleh demam, batuk dan selsema akan mengalami penurunan selera makan. Keadaan ini biasanya bersifat sementara dan kebanyakan mereka akan kembali berselera apabila sudah pulih.
Kanak-kanak yang mengalami sembelit akan cuba mengelak daripada makan kerana tindak balas gastrokolik selepas makan menyebabkan mereka senak usus dan sakit pada bahagian duburnya.
Terdapat kanak-kanak yang suka minum susu atau minuman manis secara berlebihan sehingga menyebabkan kurang pengambilan makanan pejal harian.
Ketagihan menggunakan gajet dalam kalangan kanak-kanak dan jadual tidur yang bercelaru berkait rapat dengan masalah tingkah laku dan mengganggu aktiviti pemakanan kanak-kanak di pada masa kini.
Sebagai permulaan, ibu bapa atau penjaga digalakkan agar mencipta persekitaran aktiviti pemakanan yang sihat dan menceriakan. Rancang masa makan utama yang tetap secara berkala setiap hari.
Pastikan mereka mengambil sarapan pagi. Disarankan mengambil snek ringan yang sihat seperti kekacang (bagi yang tiada masalah alergi), yogurt atau makanan lain yang boleh membuka selera mereka.
Beri mereka minum air masak sejam sebelum waktu makan untuk membantu mengaktifkan sistem usus.
Kenal pasti makanan kegemaran mereka dan gunakan kreativiti dan inovasi sendiri untuk menyediakan makanan bagi membuka selera mereka. Ia termasuklah mempelbagaikan jenis makanan, warna dan bentuk makanan supaya menarik perhatian mereka.
Jika mereka tidak mahu makan, elak daripada memarahi, mendenda apatah lagi memukul kerana tindakan itu hanya akan membuatkan mereka memberontak dan membenci masa makan.
Cari jalan agar budaya menggunakan gajet ketika memberi mereka makan dihentikan.
Kanak-kanak yang bersaiz kecil biasanya mengambil makanan dengan kuantiti yang sedikit pada satu masa. Jadi jangan memaksa, sebaliknya pastikan pertumbuhan terus normal semasa pemeriksaan bulanan di klinik.
Pastikan lakukan aktiviti senaman keluarga bersama mereka kerana senaman dapat membantu menaikkan kadar metabolisme badan dan seterusnya menaikkan selera mereka.
Terdapat sebilangan kanak-kanak yang memerlukan nasihat dan pemeriksaan pakar kanak-kanak, pakar nutrisi atau pasukan pakar kaedah pemakanan kanak-kanak kerana berkemungkinan mereka mempunyai masalahan kesihatan yang melibatkan sistem pemakanan seperti mengunyah, menelan ataupun kelainan sistem tiub makan (esofagus) dan usus. Ada juga yang mengalami masalah yang berkaitan dengan tingkah laku, autisme dan kelainan sensori (deria rasa).
Jom! Dapatkan lebih maklumat kesihatan di sini.
'KEKAL SIHAT DAN YAKIN BERSAMA'
Tahukah anda menyusukan bayi secara ekslusif mempunyai banyak kebaikan bukan sahaja kepada bayi bahkan kepada ibu sendiri. Oleh itu, Malaysia mempunyai polisi penyusuan susu ibu untuk menggalakan ibu-ibu di Malaysia menyusukan bayi mereka secara eksklusif. Ketahui lebih lanjut di sini.
Walau bagaimanapun, terdapat ibu-ibu yang gagal menyusukan bayi secara eksklusif kerana menghadapi masalah kurang susu. Tetapi ibu-ibu tidak perlu risau kerana masalah ini dapat diatasi dengan pelbagai cara.
Salah satu cara untuk menambahkan susu badan adalah melalui pemakanan. Bagi Ibu-ibu yang ingin menambah susu badan, anda boleh mengamalkan pengambilan makanan yang berfungsi sebagai penggalak susu atau milk booster.
Antara makanan yang bertidak sebagai penggalak susu adalah kurma, madu, sayuran berdaun hijau, biji halba, lobak putih dan lobak merah. Walaupun makanan tersebut tidak diuji secara saintifik, tidak salah untuk mencuba.
Keberkesanan makanan tersebut sebagai penggalak susu berbeza untuk setiap individu kerana tindak balasnya bergantung kepada hormon dalam badan anda. Jadi mungkin terdapat makanan yang berfungsi penggalak susu bagi individu tertentu, tetapi tidak berkesan kepada anda.
Apa yang penting adalah anda perlu cuba dan lihat dahulu keberkesanannya. Selamat mencuba.
Jom! Dapatkan lebih maklumat kesihatan di sini.
'KEKAL SIHAT DAN YAKIN BERSAMA'