DAFTAR SEBAGAI AHLI SAWANAH SECARA PERCUMA UNTUK NIKMATI PROMOSI TERKINI
Kandungan
Adakah sembelit berlaku kerana usus tidak sihat?
Sembelit adalah satu gejala di mana seseorang mengalami kesukaran untuk membuang air besar dan kekerapan membuang air besar berkurangan. Kebiasaannya sembelit berlaku disebabkan oleh pemakanan yang tidak baik.
Antaranya adalah seperti berikut:
Kekerapan membuang air besar menurun atau najis menjadi keras dan kering.
Perut menjadi kembung, kejang atau sakit.
Selera makan menurun.
Bagi kanak-kanak mereka akan mengetap gigi, menyilang kaki, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan
apabila cuba untuk menahan pembuangan air besar kerana ingin mengelakkan ketidakslesaan.
Terdapat sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.
Pengambilan diet yang tidak seimbang dan kurang aktif merupakan faktor utama sembelit. Selain itu sembelit boleh berlaku dalam keadaan berikut:
Kurang serat dalam diet.
Kurang melakukan aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
Kesan sesetengah ubatan
Pengambilan produk tenusu (sesetangah individu)
Sindrom gangguan usus (Irritable bowel syndrome).
Perubahan dalam rutin kehidupan seperti mengandung, mengalami penuaan dan menjalankan aktiviti pengembaraan
Penyalahgunaan julap
Menahan untuk membuang air besar
Dehidrasi (Kekurangan air)
Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok
Masalah dengan kolon dan rektum
Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik tanpa sebab)
Jika sembelit berlaku secara berpanjangan dan serius ia boleh menyebabkan buasir kerana menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling dubur). Anal Fissures berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot sphincter dan mengakibatkan pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.
Selain itu, regangan ini kadang kala menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Pembedahan diperlukan untuk menahan usus dari terkeluar atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh) jika rektum terkeluar dengan teruk dan kronik
Najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar menyebabkan seseorang mengalami sembelit. Ini dikenali sebagai Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan warga emas. Keadaan ini boleh diatasi dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.
Cara utama dalam merawat sembelit ialah makan serat dan minum air dengan cukup. Hal ini membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.
Anda perlu berbincang dengan doktor sekiranya:
Sembelit masih baru dan tidak biasa kepada anda.
Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
Anda dalam kesakitan.
Anda mendapati najis anda berdarah.
Jika anda ingin mencegah sembelit, amalkan tip berikut:
Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
Minum banyak air.
Lakukan aktiviti fizikal lebih kerap atau senaman secara berkala.
Tidak menahan untuk membuang air besar.
Tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
Sekiranya tabiat membuang air besar berubah, dapatkan pemeriksaan doktor segera.
Jom! Dapatkan lebih maklumat kesihatan di sini.
'KEKAL SIHAT DAN YAKIN BERSAMA'
Anda pernah mengalami sakit perut? Jika ya adakah anda pasti sakit perut yang dialami adalah sakit perut biasa atau disebabkan masalah lain seperti gastrik? Penting untuk kita pastikan sama ada kita mengalami gastrik atau pun tidak kerana masalah gastrik jika tidak dirawat akan menyebabkan penyakit lain yang lebih teruk.
Kebiasaannya jika anda mempunyai gastrik anda akan mengalami sakit menyucuk pada perut dan ia boleh bertambah baik/bertambah buruk selepas makan atau muntah. Anda juga mungkin rasa tidakselesa pada bahagian atas perut dan tepat di bawah tulang dada. Selainitu, terdapat tanda-tanda lain seperti:
Pening dan muntah
Perut kembung
Senak
Sensasi terbakar antara waktu makan atau pada waktu malam
Tersedu yang teruk
Hilang selera makan
Muntah darah atau keluar cecair hitam
Najis berwarna hitam
Kes yang lebih teruk mempunyai tanda seperti sakit dada, sesak nafas, lemah atau sukar menelan makanan atau minuman dan demam panas. Jika anda mempunyai tanda ini segera dapatkan rawatan.
Gastrik berlaku disebabkan beberapa perkara. Antara punca gastrik adalah:
Pengambilan makanan pedas secara berlebihan
Jangkitan Helicobacter pylori iaitu sejenis bakteria hidup. Tanpa rawatan boleh menyebabkan barah perut dan ulser
Refluks hempedu (jus pencernaan) – hempedu berpatah balik ke perut daripada saluran hempedu yang menghubungkan hati dan pundi hempedu
Kerap mengambil alkohol dan dadah terlarang
Merokok
Kerap mengambil ubat antiradang non-steroid (NSAID) seperti aspirin, ibuprofen atau ubat tahan sakit yang lain
Tekanan
Sistem imun menyerang sel dan tisu badan sendiri (lapisan perut)
Anemia yang berlaku akibat perut tidak dapat mencernakan vitamin B12 dan menyebabkan kerengsaan lapisan perut (anemia pernisius)
Orang yang berusia mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami gastrik kerana lapisan perut menipis seiring dengan pertambahan usia
Masalah kesihatan lain seperti HIV/AIDS, penyakit Corhn dan jangkitan parasit
Elakkan pengambilan makanan pedas, berasid atau bergoreng serta makanan yang merengsakan seperti laktosa atau gluten
Mengambil hidangan yang bersaiz kecil dan makan dengan kerap
Kurangkan atau hindari alkohol dan merokok
Menguruskan tekanan dengan baik
Antasid untuk meneutralkan asid dalam perut dan meredakan rasa sakit dengan cepat
Penyekat histamine 2 & Perencat pam proton (lebih berkesan) untuk mengurangkan pengeluaran asid supaya lapisan perut sembuh
Vitamin B12 untuk gastrik berpunca daripada anemia pernisius
Antibiotik dan ubat penghalang asid untuk mengatasi pedih hulu hati
Jika tidak dirawat dengan segera gastrik boleh menjadi lebih teruk dan meningkatkan risiko masalah kesihatan lain seperti penyakit ulser peptik, polip gastrik, kanser perut, gastritis atrofik.
Jom! Dapatkan lebih maklumat kesihatan di sini.
'KEKAL SIHAT DAN YAKIN BERSAMA'