DAFTAR SEBAGAI AHLI SAWANAH SECARA PERCUMA UNTUK NIKMATI PROMOSI TERKINI
Kandungan
Madu disebut dalam al-quran sebagai makanan ahli syurga dan penyembuh penyakit untuk manusia. Madu juga mempunyai pelbagai kegunaan seperti agen pemanis, pewarna, perasa dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Selain itu, madu kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan. Berikut merupakan khasiat madu.
Mengandungi pelbagai nutrien seperti fruktosa, glukosa, flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim, vitamin (A,B,C), mineral (kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, besi dan fosfat)
Menguatkan sistem imun – Kadungan antioksidan dan anti-bakteria di dalam madu membantu melawan jangkitan disebabkan virus, bakteria dan kulat
Membekalkan tenaga – Kandungan madu seperti gula semulajadi, air, mineral, vitamin, debunga dan protein membantu mengekalkan tenaga. Kajian daripada makmal senaman dan sukan, University of Memphis mendapati bahawa madu merupakan karbohidrat terbaik diambil sebelum dan selepas bersenam
Membantu mengurangkan berat badan – Mengambil madu sebagai perkara pertama membantu meningkatkan kadar metabolisme di mana ia dapat mengurangkan berat badan dengan lebih cepat
Baik untuk jantung – Kandungan antioksidan dalam madu melindungi daripada penyakit jantung serta memperbaiki tahap kolesterol. Kajian menunjukkan madu dapat menurunkan hampir 5.8% LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan hampir 3.3% HDL (kolesterol baik)
Menyembuhkan luka dan merawat masalah kulit – Madu yang bersifat anti-bakteria dan antiseptik membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan luka terbakar. Selain itu, madu berkesan untuk membunuh kuman seperti E.Coli dan MRSA yang menyebabkan jangkitan kulit
Membantu menyuburkan kulit dan muka – Madu boleh dijadikan sebagai pelembap semulajadi terutama untuk kulit kering. Di samping itu, madu membantu membuka liang pori yang tersumbat, merawat bibir kering dan menyeimbangkan tona kulit.
Membantu melegakan batuk – Madu berkesan dalam mengurangkan batuk seperti ubat-ubatan komersial yang lain
Jom! Dapatkan lebih maklumat kesihatan di sini.
'KEKAL SIHAT DAN YAKIN BERSAMA'
Kurma adalah salah satu makanan sunnah yang mengandungi pelbagai khasiat. Antara kandungan khasiat kurma adalah seperti berikut:
Serat - Serat dapat membantu melancarkan saluran pencernaan dan mencegah sembelit.
Fruktosa - Fruktosa adalah satu jenis gula semula jadi yang membantu membekalkan tenaga.
Antioksidan - Antioksidan yang dikenali sebagai flavonoid berfungsi mengurangkan risiko kencing manis, alzheimer dan kanser.
Meingkatkan daya Ingatan - Hasil kajian mendapati bahawa individu yang makan kurma dapat mengurangkan risiko alzheimer dan membantu meningkatkan daya ingatan.
Membantu menguatkan tulang - Kandungan pelbagai mineral dalam kurma seperti kalium, kalsium dan magnesium dapat meningkatkan kekuatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis.
Membantu dalam kesihatan seksual - Kurma mengandungi estradiol dan flavonoid yang tinggi di mana ia dapat meningkatkan jumlah dan kualiti sperma.
Jom! Dapatkan lebih maklumat kesihatan di sini.
'KEKAL SIHAT DAN YAKIN BERSAMA'
Barli mengandungi pelbagai khasiat seperti serat, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, zat besi, magnesium, zink, fosforus, kuprum dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin. Kandungan khasiat yang tinggi ini menjadikan barli salah satu makanan yang banyak membantu meningkatkan tahap kesihatan kita. Antaranya:
Menurunkan paras kolesterol dalam darah
Terdapat beberapa kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli sangat berkesan dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli mengandungi beta-glucan yang mana boleh mengelakkan penyerapan kolesterol dari makanan ke perut dan usus. Beta-glucan dalam barli dipercayai boleh mengurangkan kadar kolestrol, LDL (kolestrol buruk) dan trigliserida.
Membantu mengawal paras glukosa dan lemak dalam darah
Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang terdapat dalam barli. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam barli membantu mengawal tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit kencing manis jenis 2 (diabetes).
Mengurangkan berat badan
Barli juga membantu mengurangkan berat badan kerana mampu memberi rasa kenyang yang lebih lama. Hal ini kerana barli tinggi dengan serat, terutama beta-glucan. Ia boleh memberikan anda rasa kenyang dalam jangka masa yang lama dan seterusnya mengelakkan anda daripada makan berlebihan.
Membantu sistem penghadaman
Barli membantu perut/usus kita mencerna makanan. Hal ini kerana barli datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat. Oleh itu ia boleh melancarkan proses penghadaman makanan dan pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.
Mengawal kencing manis
Barli membantu menstabilkan kadar gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat dalam beras barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.
Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa beta-glucan boleh meningkatkan pengawalan kadar glukosa darah dan insulin serta mengurangkan risiko obesiti (berat badan berlebihan) iaitu penyumbang utama kepada kencing manis jenis 2.
Tambahan lagi, barli merupakan salah satu makanan yang mengandungi kadar glycemic yang rendah. Ini secara tidak langsung membantu anda mengawal kadar glukosa di dalam darah manakala phytochemicals yang terdapat dalam barli pula bermanfaat untuk mengawal diabetes, penyakit jantung dan kanser.
Membekalkan nutrisi penting kepada wanita mengandung
Pelbagai khasiat barli yang dinyatakan sebelum ini mampu membekalkan nutrisi penting kepada wanita mengandung. Selain itu, barli membantu melancarkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan sebarang masalah semasa mengandung.
Menambah susu badan
Para ibu yang menyusu anak juga boleh mengambil manfaat barli untuk meningkatkan kadar penghasilan susu badan anda.
Meningkatkan sistem pertahanan badan
Kandungan barli seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium memainkan peranan di dalam sistem pertahan badan kita. Tambahan lagi, beta-glucan yang sedia ada dalam barli mempunyai kebolehan untuk mengaktifkan sistem imunisasi badan.
Sistem pertahan badan adalah perkara yang penting untuk melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain. Selain itu, barli turut mengandungi zat besi untuk mencegah daripada anemia dan keletihan.
Mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung
Barli mengandungi tokotrienol dan tokoferol yang tinggi. Ia merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi yang membantu meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Air barli membantu mencegah anda daripada mendapat atherosclerosis, iaitu satu keadaan di mana dinding saluran arteri disekat dengan gumpalan lemak yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit kardiovaskular dan membawa maut. Selain itu, air barli mempunyai banyak vitamin B (niacin) yang dipercayai boleh melambatkan proses berlakunya atherosclerosis. Tambahan lagi, air barli membantu mengurangkan kadar tekanan darah, salah satu lagi faktor kepada masalah jantung dan strok.
Jom! Dapatkan lebih maklumat kesihatan di sini.
'KEKAL SIHAT DAN YAKIN BERSAMA'
Oat kaya dengan khasiat dan bebas gluten. Oat mengandungi serat, vitamin dan mineral yang tinggi. Antara kelebihan oat berdasarkan kajian-kajian adalah seperti berikut:
Kaya dengan nutrisi
Oat mengandungi protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, kalium, selenium, folat, vitamin B, K dan E.
Mengandungi Beta-glucan
Oat mengandungi serat larut yang dikenali sebagai beta-glucan yang berfungsi memperlahankan aliran turun makanan dalam usus. Hal ini akan melambatkan makanan dihadam dan seterusnya memperlahankan penyerapan gula dalam badan. Keadaan ini akan menstabilkan kadar gula dalam darah. Antara kebaikan beta-glucan berdasarkan kajian-kajian:
Mengurangkan jumlah kolesterol dan kolesterol LDL (kolesterol jahat)
Mengurangkan gula dalam darah dan meningkatkan tindak balas insulin
Mengenyangkan
Meningkatkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus
Tinggi kandungan antioksidan
Oat mengandungi polifenol yang boleh meningkatkan penghasilan asid nitrik yang akan merendahkan tekanan darah. Selain itu, antioksidan mempunyai fungsi anti-radang, anti-kanser dan anti-kegatalan.
Membantu merendahkan tahap kolesterol
Beta-glucan yang terkandung dalam oat membantu menurunkan jumlah kolesterol dan kolesterol LDL (kolesterol jahat).
Membantu mengurangkan gula dalam darah dan meningkatkan tindak balas insulin
Beta-glucan juga boleh meningkatkan tindak balas insulin dan mengurangkan gula dalam darah.
Membantu dalam pengurangan berat badan
Oat yang kaya dengan serat larut yang membantu anda untuk kenyang lebih lama serta mengelakkan anda makan secara berlebihan. Keadaan ini membolehkan anda untuk menurunkan berat badan.
Melegakan sembelit
Kandungan serat dalam oat juga membantu melancarkan sistem pencernaan dan proses penghadaman.
Jom! Dapatkan lebih maklumat kesihatan di sini.
'KEKAL SIHAT DAN YAKIN BERSAMA'
Apa yang anda dapat daripada video ini:
Kenali protein dan fungsi untuk tubuh kita.
Bagaimana nak amalkan gaya hidup sihat dengan protein.
Jom! Dapatkan lebih maklumat kesihatan di sini.
'KEKAL SIHAT DAN YAKIN BERSAMA'