بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
i. Sistem perkhidmatan porter di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan sebahagian daripada perkhidmatan sokongan yang periu disediakan di setiap hospital.
ii. Perkhidmatan ini secara amnya adalah bagi memaksimumkan penggunaan sumber manusia. la menawarkan perkhidmatan pengurusan spesimen ke makmal, penghantaran dan pengambilan pesakit dari wad dan klinik pakar ke unit-unit tertentu untuk menjalani prosedur, rekod perubatan pesakit, pengambilan bekalan ubatan, peralatan perubatan dan bukan perubatan serta lain-lain tugasan yang diarahkan oleh pihak atasan bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab.
iii. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dengan seliaan Unit Penolong Pegawai Perubatan Hospital.
iv. Oleh itu, Garis Panduan ini disediakan sebagai rujukan bagi melaksanakan perkhidmatan porter yang sistematik di hospital yang berupaya menyumbang kepada perkhidmatan yang cekap, selamat, dan berkualiti kepada pesakit dan anggota kesihatan.
i. Mengoptimumkan penggunaan sumber manusia PPK agar sejajar dengan fungsi dan skop tugas.
ii. Melaksanakan perkhidmatan rutin di wad dan unit berjalan lancar, teratur
dan bersistematik secara berpusat.
iii. Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan dan penjagaan
kepada pesakit dan organisasi secara menyeluruh.
Menjadi peneraju dalam penyampaian perkhidmatan sokongan logistik yang profesional, efisien dan selamat bagi menyokong sistem penjagaan kesihatan yang holistik dan berfokuskan pelanggan.
Menyediakan perkhidmatan porter yang cekap, pantas dan selamat dengan memathi standard operasi yang ditetapkan serta mengamalkan budaya kerja berpasukan yang profesional dan prihatin bagi memastikan kelancaran operasi hospital dan kesejahteraan pesakit, selaras dengan visi Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan keshatan yang berkualiti.
MAHESWARAN A/L ARUMUGAM
JUNIZAR BIN JAAFAR
MAHESWARI A/P KARUPPIAH