بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan salah satu komponen penting dibawah pengurusan hospital. Unit ini berperanan dalam pengurusan sumber manusia serta penyeliaan klinikal bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang cemerlang, cekap dan selamat kepada pesakit oleh anggota dibawah seliaanya, iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan. yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada pesakit. Unit ini berperanan memastikan mutu perkhidmatan yang efisien dan memuaskan kepada semua wargakerja di bawah seliaan unit ini. Di samping itu, unit ini juga berfungsi sebagai pusat perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dalam merealisasikan Visi, Misi dan Objektif organisasi melalui pengukuhan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta memenuhi jangkaan pelanggan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.
Melahirkan pasukan sokongan perubatan yang kompeten dan berdedikasi melalui peningkatan berterusan terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.
Menyediakan perkhidmatan Penyeliaan Klinikal yang profesional, kompeten dan berdedikasi kepada anggota di bawah seliaan agar setiap perkhidmatan dilaksanakan secara berkesan serta memenuhi keperluan pelanggan.
Berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kemahiran, etika kerja dan profesionalisme dalam kalangan anggota.
Memastikan komitmen menyeluruh daripada anggota serta memaksimumkan produktiviti melalui perkhidmatan yang berkualiti.
Mengekalkan nilai-nilai kemanusiaan serta mengamalkan integriti, ketelusan, kejujuran dan kepekaan terhadap keperluan semasa.
Memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban sentiasa dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti.
Mengurus dan mengoptimumkan sumber manusia secara efisien mengikut keperluan unit atau jabatan demi memastikan kesinambungan perkhidmatan.
Merancang dan melaksanakan program latihan jangka pendek dan jangka panjang secara berterusan serta berimpak tinggi untuk meningkatkan kecekapan anggota.
Menyampaikan perkhidmatan sokongan secara bertanggungjawab, dedikasi dan profesional agar segala tugasan dapat diselesaikan dengan pantas, tepat dan berkualiti.
PENTADBIRAN & PENGURUSAN
PENGURUSAN ORGANISASI
Menyediakan visi dan misi Unit Penyeliaan
Menyediakan polisi dan objektif Unit Penyeliaan
Menyediakan struktur organisasi
Penglibatan berkenaan dengan peranan,justifikasi serta pengurusan bajet dan sumber
Pengurusan penglibatan pendidikan pelajar Diploma Pembantu Perubatan yang menjalankan program klinikal di Hospital
JAWATANKUASA
Terlibat dalam Jawatankuasa di Hospital seperti Jawatankuasa Bencana Dalaman & Luaran,Jawatankuasa Kebakaran & Keselamatan,Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan sebagainya.
PENTADBIRAN
Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan menghadiri Mesyuarat Teknikal Penolong Pegawai Perubatan bagi membincangkan segala keperluan dan penambahbaikan mutu perkhidmatan
Menghadiri mesyuarat peringkat hospital yang diarahkan
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Urusan keperluan anggota & permohonan jawatan baru (ABM)
Urusan penempatan mengikut keperluan Jabatan/Unit
Urusan pengagihan staf mengikut keperluan di Jabatan/Unit
Pemantauan & pengurusan disiplin Penolong Pegawai Perubatan
Pemantauan berkaitan dengan perkhidmatan klinikal bersama dengan Timbalan ketua Penolong Pegawai Perubatan 1 dan Timbalan Ketua Penolong Pegawai Perubatan 2
Urusan orientasi anggota baru
PENGURUSAN DOKUMENTASI MSQH
Menyediakan dokumen untuk audit MSQH bagi standard servis PPP
Memastikan pengurusan & pentadbiran mengikut standard yang telah ditetapkan
PENGURUSAN & PENYELIAAN KLINIKAL
Pemantauan dan pematuhan terhadap Polisi , Standard of Procedure serta Protocol setiap Jabatan/Unit oleh anggota
Memastikan setiap anggota telah mengetahui Polisi,SOP serta protokol yang ada
Menyediakan bukti pematuhan terhadap polisi , SOP serta protokol prosedur oleh anggota
Pematuhan terhadap prosedur kawalan jangkitan
Pematuhan kod etika Pembantu Perubatan
Pematuhan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh peringkat hospital
Memastikan akta-akta (akta 180 Pembantu Perubatan dan peraturan 1979 serta akta perubatan 1971) dipatuhi oleh Penolong Pegawai Perubatan
PENGURUSAN PERKHIDMATAN PRA HOSPITAL & AMBULANS
Bertanggungjawab dalam pengurusan perkhidmatan ambulans
Pengangkutan Intrafasiliti atau interfasiliti
Pengurusan program/aktiviti medical standby
PENGURUSAN PEMBANGUNAN & PENDIDIKAN
Bertanggungjawab dalam pengurusan,penyeliaan serta apresiasi serta prestasi anggota
Menyediakan modul orientasi
Menyediakan modul latihan anggota
Menguruskan latihan sangkutan luar anggota di hospital lain
Menyediakan kalendar latihan
Bertanggungjawab untuk mengadakan orientasi berkala tehadap staf baru
Menguruskan rekod latihan anggota
Menguruskan kompetensi anggota
Membantu menguruskan jam latihan dalam mycpd untuk memperbaharui Annual Practice Certificate (ARC)
PENGURUSAN CREDENTIALING & PRIVILEGING
Mengenalpasti staf yang telah mempunyai sijil C&P
Menguruskan pendaftaran untuk mendapatkan sijil C&P
Menyediakan Criteria Credential & Privileging
Menyediakan logbook untuk anggota
Menyemak serta memastikan logbook anggota dikemaskini
Waktu Pejabat : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tutup : Sabtu dan Ahad
Setiap anggota baharu yang melaporkan diri akan diberikan sesi orientasi dan bimbingan secukupnya bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri serta memberikan perkhidmatan yang selaras dengan misi dan visi Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.
Latihan yang relevan akan diberikan secara berterusan kepada setiap anggota mengikut bidang tugas masing-masing bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan kerja.
Setiap permintaan daripada pelanggan dalaman dan luaran akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dalam tempoh masa yang dipersetujui bersama.
Penyampaian maklumat kepada anggota di bawah jagaan akan disalurkan oleh pihak penyeliaan melalui ketua unit secara sistematik dan berkesan.