MENGENAI UPPP
Mengenali Unit Penolong Pegawai Perubatan
Hospital Tuanku Ja'afar Seremban
Mengenali Unit Penolong Pegawai Perubatan
Hospital Tuanku Ja'afar Seremban
Unit Penyelia Penolong Pegawai Perubatan (UPPP) Hospital Tuanku Ja'afar Seremban merupakan unit yang bertanggungjawab menyelaras pengurusan, pembangunan kompetensi, credentialling, privileging serta pemantauan profesional Penolong Pegawai Perubatan (PPP), Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dan perkhidmatan berkaitan di hospital.
UPPP komited memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan berkesan melalui tadbir urus yang sistematik, pembangunan modal insan serta pematuhan kepada dasar, garis panduan dan piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia
Memastikan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan di tahap yang berkualiti, proaktif, profesional, bersesuaian dengan teknologi masa kini.
Menyelaras sumber manusia dalam perkhidmatan perubatan ke arah pengurusan yang profesional dan berkemahiran.
Memastikan semua perkhidmatan sumber manusia di bawah Unit PPP berjalan dengan efiesen, kemaskini dan berkualiti.