بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
PERHIMPUNAN BULANAN BULAN MAC ANJURAN UNIT PENYELIAAN HOSPITAL
Laporan/Berita:
(i) Unit Penyeliaan Hospital telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan 7 Mac 2025. Penganjuran majlis tersebut dijalankan pada bulan Mac bersempena dengan bulan sambutan Hari Pembantu Perubatan yang jatuh pada 10 Mac setiap tahun.
(ii) Bertemakan “Syukur dan Ihsan Membina Perkhidmatan Berkat”, majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Dr. Zaleha binti Md Noor, Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Seramai 22 orang urus setia yang terdiri dari Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan, Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama dan Pembantu Tadbir telah bertungkus lumus dalam menjayakan majlis perhimpunan tersebut.
(iii) Seramai 140 orang tetamu yang hadir telah diberikan cenderahati berupa buah tamar sebagai bekalan untuk berbuka puasa. Perhimpunan pagi tersebut diserikan lagi dengan ceramah pengisian Ramadan, iaitu Ustazah Siti Annisha binti Anuar, bekas peserta Daie Muda YADIM 2024 sebagai penceramah jemputan.
Jabatan/Unit : Unit Penyeliaan Hospital
Tarikh : 7 Mac 2025
Jabatan/Unit : Unit Penyeliaan Hospital
Tarikh : 7 Mac 2025
Laporan/Berita:
(i) Seminar Kecemerlangan Profesion Penolong Pegawai Perubatan Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, telah diadakan di Auditorium Gemilang Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS). Ia diadakan pada 10 Mac 2025 sempena menyambut Hari Pembantu Perubatan yang jatuh pada tanggal 10 Mac setiap tahun.
(ii) Seminar tersebut merupakan anjuran bersama antara Unit Penolong Pegawai Perubatan JKNNS, Unit Penyeliaan Hospital HTJS dan Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson (PKDPD) dan telah dirasmi oleh YBhg. Dato’ Dr. Harlina binti Abdul Rashid, Pengarah Kesihatan Negeri.
(iii) Menerusi seminar tersebut, para PPP telah diberi pendedahan berkaitan beberapa kupasan dari tiga topik menarik iaitu Perkembangan Kerjaya PPP Melalui Bidang Pendidikan, Amalan Tatakelola Yang Baik Dalam Perkhidmatan Awam dan Membina Kecekalan Emosi & Psikologi Dalam Kalangan Anggota Kesihatan.
Laporan/Berita:
(i) Sempena memuliakan bulan Ramadan, program tadarus Al-Quran telah diadakan dengan setiap Jabatan/Unit diberi juz tertentu untuk dibaca hingga tamat. Unit Penyeliaan turut terlibat dalam menjayakan majlis khatam Al-Quran Peringkat Hospital Tuanku Ja’afar yang telah diadakan di Dewan Seminar Tiga Nenek pada 21 Mac 2025.
(ii) Majlis yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga kerja HTJS dibawah pimpinan YBhg. Ustaz. Mohammad Nasrul Arif bin Roslan, Imam Masjid Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
Jabatan/Unit : Unit Penyeliaan Hospital
Tarikh : 21 Mac 2025
Jabatan/Unit : Unit Penyeliaan Hospital
Tarikh : 26 Mac 2025
Laporan/Berita:
(i) Penggambaran Program Takbir Raya yang julung kali diadakan di HTJS merupakan ilham dari YBrs. Hj. Sharul Azuan bin Mohd Said, Ketua Penyelia Hospital. Program tersebut telah dihadiri oleh barisan Penyelia-penyelia Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan lain-lain.
(ii) Program ini dijalankan di Dewan Auditorium Gemilang, HTJS pada 26 Mac 2025 bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Takbir raya yang dipimpin oleh Tuan Haji Che Wan Abdullah bin Che Wan Mohamad dan Tuan Haji Rosli turut dimeriahkkan lagi dengan kehadiran YBrs. Dr. Dzualkamal bin Dawam, Timbalan Pengarah (Perubatan) III.
(iii) Rakaman program ini turut disiarkan menerusi Facebook rasmi HTJS sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Laporan/Berita:
(i) Bersempena dengan Pensijilan Akreditasi MSQH yang dijadual akan dilaksanakan pada 24 Julai 2025, Unit Penyeliaan Hospital HTJS turut terlibat dalam sesi pengauditan bagi Standard 25 (Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan).
(ii) Pelbagai aspek yang melibatkan profesion PPP di HTJS perlu dikemaskini bertepatan dengan kehendak dan keperluan yang terkandung di dalam Standard 25 MSQH. Justeru, bagi menambahbaik sistem dan proses kerja sempena akreditasi, UPH telah mengambil inisiatif dengan mengadakan lawatan ke hospital yang telah berjaya memperolehi sijil akreditasi iaitu Hospital Putrajaya.
(iii) Seramai 20 orang penyelia Penolong Pegawai Perubatan dari pelbagai disiplin telah menyertai program lawatan tersebut yang diketuai oleh Encik Gaybrel a/l Peter, Mantan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Hospital.
Jabatan/Unit : Unit Penyeliaan Hospital
Tarikh : 12 Mac 2025
Jabatan/Unit : Unit Penyeliaan Hospital
Tarikh : setiap 25 hari bulan
Laporan/Berita:
(i) Program Pendidikan Berterusan atau lebih dikenali sebagai Continuing Medical Education (CME) merupakan program pembelajaran secara berterusan yang bertujuan sebagai ulang kaji terhadap topik-topik berkaitan perubatan dan prosedur klinikal yang dilakukan oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP).
(ii) Program ini dijalankan setiap bulan dengan diwakili oleh seorang PPP bagi setiap Jabatan/Unit yang akan memberi ceramah selama dua (2) jam. Urus setia program turut menyediakan platform CME secara atas talian (online) bagi mempermudahkan para PPP yang tidak berkesempatan untuk hadir ke lokasi CME atas sebab kekangan tugas untuk menyertai program tersebut.
(iii) Penceramah yang mewakili setiap Jabatan/Unit akan diberi Sijil Penghargaan. Slip Kehadiran diberi kepada para PPP yang menyertai CME tersebut bagi tujuan pengumpulan jumlah mata Continuing Professional Development (CPD).
Laporan/Berita:
(i) Program Pendidikan Berterusan bagi Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) diadakan setiap bulan bertujuan untuk membantu para PPK mengumpul mata CPD.
(ii) Terdapat pelbagai topik menarik disediakan sebagai pendedahan kepada PPK dimana topik-topik tersebut mempunyai kaitan dalam tugasan mereka sehari-harian. Antara topik tersebut ialah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Safety Precaution, Terapi Minda dan lain-lain.
(iii) Penceramah yang dijemput adalah terdiri dari pelbagai perjawatan antaranya Pegawai Perubatan, Pegawai Pemulihan Cara Kerja, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan dan lain-lain.
Jabatan/Unit : Unit Penyeliaan Hospital
Tarikh : 2025