Pusat Pengajian Optometri, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Klinik Optometri UiTM Vision Care yang bertempat di Bandar Puncak Alam menyediakan perkhidmatan optometri sejak tahun 2010. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Klinik utama kami iaitu Klinik Optometri Primer menjalankan pemeriksaan mata secara komprehensif oleh pelajar tahun klinikal Optometri dibawah seliaan Optometris bertauliah.
Selain itu, terdapat pelbagai cabang klinik lain iaitu Klinik Kanta Sentuh, Klinik Optometri Kanak-kanak, Klinik Penglihatan Terhad dan Klinik Terapi Visual. Kami turut menyediakan perkhidmatan klinik Optometri Bergerak sebagai salah satu projek tanggungjawab sosial kami.
Bagi mereka yang memerlukan tempahan cermin mata dan kanta sentuh, kami menyediakan pelbagai pilihan bingkai dan kanta yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.
Pemeriksaan mata komprehensif iaitu menyeluruh untuk semua peringkat umur. Perkhidmatan termasuk pemeriksaan preliminari, pemeriksaan kuasa ralat mata, pemeriksaan kesihatan depan dan belakang mata
Perkhidmatan konsultasi untuk pemakai kanta sentuh. Semua pemakai kanta sentuh kali pertama perlu melawat klinik ini untuk saringan kesesuaian ,pemasangan kanta sentuh dan khidmat nasihat penjagaan mata serta kanta sentuh.
Pemeriksaan mata komprehensif kepada kanak-kanak dari usia 1 bulan hingga 7 tahun dengan fasiliti dan alatan yang disediakan khas untuk mereka.
Perkhidmatan pemeriksaan secara khas kepada warga emas dan golongan yang di klasifikasikan sebagai penglihatan terhad. Menawarkan pelbagai jenis alat bantu seperti kanta pembesar elektronik, teleskop dan sebagainya
Perkhidmatan terapi penglihatan bagi masalah mata malas, mata juling, penglihatan berganda, prekripsi prisma dan sebagainya