Klinik dan Kedai Optometri UiTM Fakulti Sains Kesihatan mula dibuka kepada semua warga UiTM dan orang awam sekitar Julai 2008 bertempat di Kampus UiTM Jalan Othman. Kemudian setelah Fakulti Sains Kesihatan berpindah ke Kampus UiTM Puncak Alam, Klinik dan Kedai Optometri UiTM Fakulti Sains Kesihatan juga berpindah secara berperingkat bermula Julai 2009 dan berakhir pada April 2010.
Perkhidmatan Klinik Optometri UiTM yang lebih dikenali sebagai UiTM Vision Care | Pusat Optometri ini, dibuka kepada semua warga Malaysia telah diwujudkan sejak tahun 2010 merangkumi 6 cabang klinik utama iaitu Klinik Optometri Primer, Klinik Kanta Sentuh, Klinik pediatrik, Klinik Penglihatan Terhad, Klinik Penglihatan Binokular dengan kemudahan alatan diagnostik terkini. Selain itu, klinik ini turut menyediakan perkhidmatan penjualan alat bantu penglihatan seperti kaca mata, kanta sentuh, alatan terapi visual dan alatan bantu penglihatan terhad.
Menyediakan kemudahan kepada pelajar klinikal Optometri mendapat peluang yang luas memeriksa pesakit yang mempunyai pelbagai latar belakang dan tahap umur yang berbeza untuk memenuhi keperluan klinikal.
Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan Optometri kepada warga UiTM khususnya dan orang awam amnya.
Sebagai pusat pembelajaran, pemeriksaan penglihatan dan klinik optometri rujukan mengikut piawaian terbaik dan menghasilkan Optometris yang kompeten, fleksibel dan cemerlang.
Memberikan perkhidmatan pemeriksaan penglihatan yang berkualiti;
Melaksanakan latihan berterusan kepada semua staf dan pelajar Jabatan Optometri agar dapat merealisasikan visi kami;
Mempromosi kepentingan penjagaan kesihatan mata dan penglihatan bagi warga Universiti Teknologi MARA khususnya dan kepada warga luar amnya.
Setiap pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di Klinik Optometri UiTM tanpa mengira umur, kewarganegaraan dan taraf sosio-ekonomi.
Setiap pelanggan berhak dilayan dengan baik, mesra dan cekap.
Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan pemeriksaan secara professional walaupun pemeriksaan dan konsultasi dilakukan oleh pelajar klinikal Pusat Pengajian Optometri.
Setiap pelanggan boleh mendapatkan maklumat tahap penglihatan mereka serta khidmat nasihat berkaitan penjagaan kesihatan mata dan penglihatan.
95% pelanggan boleh memulakan pemeriksaan mata dalam tempoh kurang 15 minit selepas proses pendaftaran.
95% pelanggan berpuashati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.