Jump to a question:
Setiap pelanggan dikenakan caj pendaftaran RM10 untuk pemeriksaan mata kecuali pelajar UiTM dan pemegang kad OKU. Caj dikenakan sekali sahaja bagi tahun semasa.
Tidak selagi tidak melangkau tahun. Pelanggan akan dicaj untuk sekali sahaja dalam satu (1) tahun.
Tidak. Pelanggan perlu membuat janji temu secara semuka di kaunter, telefon atau mesej di facebook.
UiTM Vision Care tidak menawarkan pembedahan refraktif seperti LASIK.
SETIAP PELANGGAN HENDAKLAH:
Mengisi borang Deklarasi Harian Saringan Risiko COVID-19 UiTM di sesawang saringc19.uitm.edu.my sebelum memasuki Kampus UiTM Kampus Puncak Alam di Pintu Utama UiTM Cawangan Selangor (Pintu 1 – Pintu Saujana Utama). Pintu 2 di Jalan Tambahan Meru adalah laluan staf UiTM sahaja.
Hanya seorang pesakit yang mempunyai temujanji sahaja dibenarkan masuk ke klinik dan seorang peneman bagi pesakit kanak-kanak (bawah 17 tahun).
Imbas kod QR My Sejahtera di kaunter saringan UiTM Vision Care, Aras 2, Bangunan FSK 2,3,4 untuk rekod sejarah lokasi sebelum memasuki premis.
Suhu badan pelanggan akan diukur di kaunter saringan, sekiranya suhu melebihi 37.5 Celcius, pelanggan tidak dibenarkan memasuki premis dan diminta untuk membuat temujanji semula.
Pemakaian pelitup separuh muka diwajibkan semasa di premis. Pelitup muka tidak disediakan.
Sentiasa mematuhi penjarakan fizikal semasa di premis.
Pelanggan hendaklah beredar segera dari Kampus UiTM Puncak Alam setelah selesai mendapatkan perkhidmatan di UiTM Vision Care.
Patuhi arahan sebelum, semasa dan selepas mendapat perkhidmatan di UiTM Vision Care.
Tidak. Jadual klinik bergantung kepada jadual pelajar praktikal
Pemeriksaan optometri akan dijalankan oleh pegawai optometri yang bertugas. Setiap pelanggan akan dicaj antara RM20 hingga RM40 mengikut kes.
Tidak. Semasa sesi praktikal pelajar, pegawai optometri kami terlibat sebagai tutor dan penyelia klinikal, oleh itu jadual mereka telah penuh dengan sesi tersebut.
Pemeriksaan dengan pelajar klinikal kami juga akan dipantau dan diselia oleh pegawai optometri kami sendiri dan Optometris bertauliah yang dilantik oleh UiTM.