Objektif Utama Tempahan Sesi Kaunseling
Tempahan Sesi Kaunseling atas talian adalah sebuah inisiatif yang diambil oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Bertam Perdana. Ini adalah kerana pelajar atau guru dapat membuat tempahan dimana jua mereka berada. Jika disekolah pelajar boleh terus ke bilik kaunseling untuk membuat tempahan sesi kaunseling.
Objektif Utama Luamous
Luamos, atau dalam istilah sebenarnya Luahan Anonymous, adalah platform yang membolehkan individu meluahkan perasaan mereka secara rahsia tanpa mendedahkan identiti mereka. Kajian pada tahun 2022 menunjukkan bahawa lebih daripada 67.1% orang mengalami masalah mental akibat menanggung beban emosi mereka sendirian kerana takut identiti mereka diketahui. Pendekatan Luamos telah dinobatkan sebagai Juara dalam Simposium PRS Bestari 2023. Idea asal pembangunan pendekatan Luamos ini berasal daripada kumpulan pelajar SMK Bertam Perdana sendiri pada Simposium PRS Bestari iaitu Amzar Izzat.
Objektif Utama Trueheart
Trueheart atau kata sebenar adalah Hati Sebenar dalam bahasa melayu ini adalah sebuah platform untuk bercerita tentang satu masalah dan akan dibantu oleh kaunselor sekolah. Ini adalah kerana banyak pelajar yang mungkin segan jika ingin berjumpa dengan kaunselor sekolah. Pendekatan Trueheart telah dinobatkan sebagai Juara dalam Simposium PRS Bestari 2023. Idea asal pembangunan pendekatan Trueheart ini berasal daripada kumpulan pelajar SMK Bertam Perdana sendiri pada Simposium PRS Bestari iaitu Amzar Izzat.