PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN
Assalammualaikum, apa khabar semua?
Hari ini Cikgu Amy dan Cikgu Fiza ingin membuat perkongsian mengenai pengurusan masa.
Anak-anak pernah dengar/membaca tentang JADUAL BELAJAR SENDIRI DI RUMAH?
Haa.. harini kami akan menerangkan tentang kepentingan untuk membuat jadual belajar di rumah.
1. Mengurus masa dengan efisen dan berdisiplin
2. Membantu murid membahagikan masa untuk mengulang kaji subjek secara sistematik
3. Mengimbangi masa antara belajar dan aktiviti seharian dengan baik.
Cara Mengurus Masa Belajar Dengan Jadual Waktu
Pastikan waktu mengulang kaji anda lebih daripada 3 jam sehari. Malah semakin hampir dengan peperiksaan, anda perlu belajar 5-7 jam sehari. Ingat, maksud 5-7 jam bukannya belajar berterusan. Contohnya, 2jam pada waktu tengah hari,1 jam pada waktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Agar otak anda mendapat masa yang mencukupi untuk berehat.
Tahap konsentrasi atau tumpuan setiap orang adalah berbeza. Ada orang yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 40 minit. Jadi mengurus masa belajar mengikut kesesuaian diri dan membuat jadual waktu mengikut tahap sendiri.
Pelbagaikan aktiviti belajar dalam sesi belajar. Contohnya, 1 jam untuk membaca dan membuat nota, 30 minit untuk membuat peta minda, 40 minit untuk menjawab soalan-soalan, dan gunakan masa yang terlebihnya untuk melakar rajah, imbas kembali apa yang sudah dipelajari dan sebagainya.
Selain daripada sesi belajar, anda juga perlulah merancang satu masa bagi anda bersenam (kepentingan bersenam) dan main game komputer atau handphone, dengan tujuan untuk merehatkan otak kita. Contohnya, 1 jam pada waktu petang untuk bersenam dan 1 jam pada waktu malam untuk main game.
Ada apa gunanya ada jadual waktu tetapi tidak mengikutinya selalu?Anda boleh mengajiri diri anda setiap kali anda berjaya memenuhi jadual yang dirancang anda, dan ini dapat membantu anda lebih minat untuk mengikuti perancangan yang anda senaraikan. Dan ia adalah sangat penting untuk mengikut jadual waktu yang dirancang oleh anda setiap hari. Seperti yang dikatakan oleh Napoleon Hill ” Plan your work and work your plan.”
TUGASAN PELAJAR :
CUBA BINA JADUAL BELAJAR SENDIRI DAN HANTAR KEPADA CIKGU FIZA/ATAU CIKGU AMY UNTUK DISEMAK SELEPAS SEKOLAH DIBUKA NANTI. JADUAL BELAJAR YANG TERBAIK AKAN DIBERIKAN HADIAH. SELAMAT MENCUBA
CONTOH JADUAL BELAJAR SENDIRI DI RUMAH