Pentadbiran sekolah adalah di tahap cemerlang dalam kekerapan memberikan pengiktirafan terhadap prestasi tinggi dalam kalangan panitia ( 43.9 % ).
Penglibatan guru dalam menyediakan dasar sekolah berkaitan pekerjaan mereka adalah melebihi purata ( 41.5 % ).
Guru-guru memberikan penilaian cemerlang sebanyak 56.1 % tentang keterbukaan dan kepercayaan pentadbir sekolah terhadap guru.
Pihak pentadbiran sekolah sangat kerap mempertimbangkan pendapat panitia terhadap perkara yang memberi kesan langsung kepada mereka ( 82.9 % ).
Hanya 17.1 % daripada responden guru telah mula melanjutkan pengajian pada tahap lebih tinggi.
97.6 % daripada reaponden guru tidak berminat untuk bertukar perkhidmatan ( kerjaya ) dalam jawatan / bidang pentadbiran atau penyeliaan dalam masa terdekat.
Sebilangan besar responden guru tidak terlibat dalam mana-mana kumpulan kerja / jawatankuasa PPD.
82.9 % guru pula terlibat aktif dalam mana- mana kumpulan atau jawatankuasa di sekolah.
Hanya 9.8 % responden guru yang sangat berpuas hati dengan kadar gaji mereka. 70.7 % pula berpuas hati.
Tahap tekanan persekitaran kerja guru adalah sederhana ( 73.2 % ).
Beban perkeranian dirumus tidak berat atau tidak ringan terhadap guru iaitu sebanyak 63.4 %.
Beban pengajaran juga dirumus tidak berat atau tidak ringan oleh guru ( 73.2 % ).
58.5 % responden guru berpuas hati dengan pekerjaan semasa mereka.