Soalan Lazim
Soalan Lazim
1.Apakah jenis aduan dan siasatan yang boleh diproses oleh Bahagian Integriti MPAJ?
Bahagian ini memproses dan menjalankan siasatan berkaitan salah laku pegawai dan kakitangan MPAJ yang berjawatan tetap dan kontrak daripada pelbagai jawatan dan gred.
2. Kaedah apa yang digunakan untuk membuat aduan salah laku pegawai dan kakitangan MPAJ?
Kaedah aduan integriti yang diterima dan diproses iaitu:
a.Melalui panggilan telefon ke Bahagian Integriti (hubungi kami) pada waktu pejabat.
b.Menghantar surat kepada Ketua Bahagian, Bahagian Integriti.
c.Menghantar emel ke alamat integriti@mpaj.gov.my.
d.Datang bersemuka dengan pegawai di Bahagian Integriti, MPAJ.
3. Apakah jenis program pengukuhan integriti yang diadakan?
Beberapa program telah dirancang sepanjang tahun bagi memenuhi keperluan pegawai dan kakitangan MPAJ seperti program ceramah, lawatan ke agensi, kursus pemantapan integriti dan sebagainya yang melibatkan jabatan dan bahagian dalaman MPAJ serta pihak berkepentingan.
4. Apakah kaedah atau peraturan yang digunapakai oleh MPAJ bagi menentukan kesalahan?
Kaedah atau peraturan yang digunapakai adalah berdasarkan Kaedah-kaedah Pegawai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Kelakuan dan Tatatertib) 2023.
5. Apakah aduan tatakelakuan dan tatatertib?
Sesuatu aduan mengenai pelanggaran Kaedah-kaedah Pegawai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Tatakelakuan dan Tatatertib), 2023 seperti salah laku rasuah, tatakelakuan, etika, dan jenayah yang melibatkan warga kerja MPAJ yang dilaporkan.
Contoh Salahlaku yang Dilaporkan
1.Pegawai MPAJ gagal untuk menjalankan tindakan
penguatkuasaan yang sewajarnya di bawah bidang kuasanya.
2.Pegawai MPAJ gagal menjalankan tindakan ke atas aduan
yang dibuat oleh orang awam.
3.Pegawai MPAJ gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard
(SOP) yang berkaitan dalam melaksanakan tugas
6. Apakah aduan kelakuan tidak wajar (whistleblowing)?
MPAJ menggalakkan kakitangan, pihak berkepentingan dan lain-lain pihak ketiga untuk melaporkan apa-apa pelanggaran tatakelakuan atau perbuatan rasuah sama ada yang sedang berlaku, disyaki akan berlaku atau yang telah berlaku, sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang, salah laku dan penyalahgunaan kuasa ataupun penyelewengan ke saluran yang telah ditetapkan tanpa rasa takut atau bimbang.
Menerusi Garis Panduan Pemberi Maklumat MPAJ, maklumat mereka akan dilindungi dan disimpan secara rahsia serta tidak didedahkan kepada mana-mana pihak yang lain tertakluk kepada permohonan perlindungan daripada pengadu. Sekiranya pemberi maklumat itu memutuskan untuk mendedahkan identiti atau penyiasatannya kepada pihak berkuasa penguatkuasa undang-undang oleh itu kewajipan dan tanggungjawab mengekalkan kerahsiaan tidak lagi diwajibkan oleh MPAJ. Perlindungan tidak diberikan sekiranya jabatan mendapati pendedahan tersebut dibuat dengan niat jahat atau untuk kepentingan peribadi.
Sebarang aduan, laporan atau maklumat palsu atau sengaja membuat tohmahan berunsur fitnah atau dibuat sama ada untuk menjatuhkan imej seseorang pekerja atau imej Majlis Perbandaran Ampang Jaya atas apa-apa tujuan lain sekali pun dan penyalahgunaan mekanisme sistem pemberi maklumat adalah merupakan satu kesalahan dan tindakan tatatertib serta laporan kepada pihak berkuasa berkaitan boleh diambil ke atas pemberi maklumat palsu.