Aduan Integriti/ e-Aduan

Sesuatu aduan mengenai pelanggaran Kaedah-kaedah Pegawai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Tatakelakuan dan Tatatertib), 2023 seperti salah laku rasuah, tatakelakuan, etika, dan jenayah yang melibatkan warga kerja MPAJ yang dilaporkan. 


Contoh Salahlaku yang Dilaporkan

1.Pegawai MPAJ gagal untuk menjalankan tindakan

  penguatkuasaan yang sewajarnya di bawah bidang kuasanya.


2.Pegawai MPAJ gagal menjalankan tindakan ke atas aduan

   yang dibuat oleh orang awam.


3.Pegawai MPAJ gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard

  (SOP) yang berkaitan dalam melaksanakan tugas


MPAJ menggalakkan kakitangan, pihak berkepentingan dan lain-lain pihak ketiga untuk melaporkan apa-apa pelanggaran tatakelakuan atau perbuatan rasuah sama ada yang sedang berlaku, disyaki akan berlaku atau yang telah berlaku, sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang, salah laku dan penyalahgunaan kuasa ataupun penyelewengan ke saluran yang telah ditetapkan tanpa rasa takut atau bimbang.

Maklumat mereka akan dilindungi dan disimpan secara rahsia serta tidak didedahkan kepada mana-mana pihak yang lain tertakluk kepada permohonan perlindungan daripada pengadu. Sekiranya pemberi maklumat itu memutuskan untuk mendedahkan identiti atau penyiasatannya kepada pihak berkuasa penguatkuasa undang-undang oleh itu kewajipan dan tanggungjawab mengekalkan kerahsiaan tidak lagi diwajibkan oleh MPAJ. Perlindungan tidak diberikan sekiranya jabatan mendapati pendedahan tersebut dibuat dengan niat jahat atau untuk kepentingan peribadi.

Perlindungan kepada Pemberi Maklumat mempunyai tiga aspek utama iaitu perlindungan maklumat sulit sebagaimana dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) iaitu:


Sebarang aduan, laporan atau maklumat palsu atau sengaja membuat tohmahan berunsur fitnah atau dibuat sama ada untuk menjatuhkan imej seseorang pekerja atau imej Majlis Perbandaran Ampang Jaya atas apa-apa tujuan lain sekali pun dan penyalahgunaan mekanisme sistem pemberi maklumat adalah merupakan satu kesalahan dan tindakan tatatertib serta laporan kepada pihak berkuasa berkaitan boleh diambil ke atas pemberi maklumat palsu.