Kursus Integriti

1.

KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI, DAN ANTIRASUAH (MPGIA) 
TARIKH : 3 - 4 JULAI 2024
TEMPAT : BILIK KURSUS, ARAS 9, MENARA MPAJ
MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
Kursus MPGIA ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan peserta kursus tentang governans, integriti dan antirasuah dalam perkhidmatan awam.  Peserta dapat memahami bentuk-bentuk kesalahan rasuah, kesan buruknya dan langkah pencegahan rasuah.  Selain itu, peserta juga dapat mengetahui isu-isu lazim yang berlaku dalam perkhidmatan awam berkaitan governans, integriti dan rasuah seterusnya memahami tanggungjawab sebagai penjawat awam untuk melaporkan rasuah dan membudayakan integriti dalam segala urusan.

TUTUP

2.

SEMINAR PEMBANGUNAN INTEGRITI BERSAMA KOMUNITI @ COMMUNITY INTEGRITY BUILDING (CIB)
TARIKH : 30 APRIL 2024 (SELASA)
TEMPAT : AUDITORIUM ARAS 5, MENARA MPAJ
MASA : 8.00 PAGI - 1.00 TENGAHARI
Seminar CIB ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada pendekatan akauntabiliti sosial yang akan membantu mengenalpasti dan melaksanakan penyelesaian sesuai untuk menguatkan tahap integriti dan persepsi komuniti terhadap integriti agensi awam khususnya kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). (klik disini untuk pendaftaran) (Telah ditutup)

TUTUP