Program BTS (Back To School) ini merupakan satu program bagi menyantuni pelajar-pelajar dan guru serta kakitangan Sekolah Rendah Agama, Kg. Padang Jawa yang terkesan dengan banjir pada hujung Disember 2021. Justeru, perihatin dengan anak-anak pelajar yang bakal memulakan sesi persekolah baharu ini, maka Pasukan Terapis Muslim Malaysia-Singapura (TMMS) di bawah kendalian Che Qiim Training & Consultancy berhasrat untuk menyantuni warga pelajar dan pendidik yang memerlukan bantuan psikososial pasca banjir. Program BTS ini akan memfokuskan kepada 2 fasa iaitu FASA SATU berkaitan MERAPAT UKWAH, MENYEMAI BAHAGIA ; BACK TO SCHOOL dan FASA KEDUA PROGRAM MOTIVASI BACK TO SCHOOL (BTS) bersama PARA SUKARELAWAN TMMS. TERIMA KASIH KEPADA KESEMUA PENYUMBANG UTAMA DI DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI.

DANA PROJEK BACK TO SCHOOL (BTS) FASA 1 & 2 PASCA BANJIR 2021

Program khas menyantuni 100 orang pelajar SRA Padang Jawa yang terkesan dengan musibah banjir Disember 2021.

Fasa 1 : 30/01/2022

Fasa 2 : 19/02/2022

PERKONGSIAN RASA PASCA BANJIR PADANG JAWA, KLANG

Program Online 2 jam bersama YDP SRA Padang Jawa. Meluah rasa apa yang berlaku dan bagaimana pengalaman SRA Padang Jawa menjadi tempat PPS kepada 3,500 mangsa banjir.

FASA GERAK KERJA AWAL PROJEK BACK TO SCHOOL (BTS) PASCA BANJIR

Fasa gerak kerja awal projek BTS untuk menyantuni 100 orang pelajar yang terkesan dengan banjir dimulakan setelah mendapat tajaan. Alhamdulillah, terus buat kerja demi memastikan perjalanan projek berjalan lancar.

FASA GERAK KERJA AWAL PROJEK BACK TO SCHOOL (BTS) PASCA BANJIR

CQTC-TMMS terus dapatkan pembelak beg sekolah dan alatan-alatan sekolah mengikut spesifikasi.

FASA GERAK KERJA AWAL PROJEK BACK TO SCHOOL (BTS) PASCA BANJIR

CQTC-TMMS selaraskan barang-barang yang diperlukan mengikut keperluan dan spesifikasi yang diperlukan.

FASA GERAK KERJA AWAL PROJEK BACK TO SCHOOL (BTS) PASCA BANJIR

Kit Back to School (BTS0 Fasa 1 telah dihantar untuk di cop dengan kesemua barangan yang diperlukan.

FASA GERAK KERJA AWAL PROJEK BACK TO SCHOOL (BTS) PASCA BANJIR

Penyediaan goodie bag dari Sukarelawan TMMS untuk diberikan kepada 100 para pelajar yang terlibat pada penyerahan Kit Back To School (BTS) Fasa 1 pada 30/01/2022.

FASA GERAK KERJA AWAL PROJEK BACK TO SCHOOL (BTS) PASCA BANJIR

Penghantaran Kit BTS ke SRA Padang Jawa menggunakan van pada 29/01/2022 (Sabtu), jam 03.00 petang.

FASA GERAK KERJA AWAL PROJEK BACK TO SCHOOL (BTS) PASCA BANJIR

Sesi ramah mesra petang selepas pihak PIBG SRA Padang Jawa menerima serahan KIT BTS fasa 1.

FASA GERAK KERJA AKHIR PROJEK BACK TO SCHOOL (BTS) PASCA BANJIR

Sesi taklimat khas kepada pelajar Kelab Sokongan Siswa (KSS), Universiti Malaysia Perlis sebelum melaksanakan tugas untuk penyelarasan akhir KIT BTS.

FASA GERAK KERJA AKHIR PROJEK BACK TO SCHOOL (BTS) PASCA BANJIR

Kerjasama antara pihak sekolah dan PIBG sekolah memudahkan urusan penyelarasan akhir KIT BTS untuk diberikan kepada pelajar.

FASA GERAK KERJA AKHIR PROJEK BACK TO SCHOOL (BTS) PASCA BANJIR

Pelajar Kelab Sokongan Siswa (KSS) membantu menyelaras KIT BTS untuk memudah urusan penyerahan kepada 100 orang pelajar.

FASA GERAK KERJA AKHIR PROJEK BACK TO SCHOOL (BTS) PASCA BANJIR

Gotong royong menyelaras kesemua KIT BTS untuk memudahkan urusan pihak sekolah menyerahkan kepada pelajar pada 30/01/2022.

FASA GERAK KERJA AKHIR PROJEK BACK TO SCHOOL (BTS) PASCA BANJIR

Pemantauan dari pihak PIBG sekolah bersama pembantu penyelaras pasukan sukarelawan TMMS untuk gerak kerja akhir (tagging nama pelajar di beg sekolah dll).

FASA GERAK KERJA AKHIR PROJEK BACK TO SCHOOL (BTS) PASCA BANJIR

Para pelajar dan kakitangan Kelab Sokongan Siswa (KSS) dari UniMAP dijamu oleh pihak PIBG setelah menyelesaikan tugasan akhir sebelum program bermula.

FASA GERAK KERJA AKHIR PROJEK BACK TO SCHOOL (BTS) PASCA BANJIR

Alhamdulillah, telah selesai tugasan akhir bersama pihak sekolah dan PIBG bagi menyelaras KIT BTS untuk diserahkan kepada para pelajar yang terkesan dengan banjir.

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Pihak sekolah dan PIBG SRA Padang Jawa menyambut ketibaan YBhg. Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, selaku Penasihat Pasukan Terapis Muslim Malaysia-Singapura (TMMS) serta rombongan pasukan TMMS.

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Ketibaan para guru, YDP PIBG, Ajk PIBG serta para pelajar yang bakal menerima sumbangan KIT BACK to SCHOOL & Sumbangan Zakat (Fasa 1).

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Ucapan dari YDP PIBG Sek. Agama Padang Jawa.

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Penyerahan KIT BTS & SUMBANGAN ZAKAT dari TMMS kepada pelajar

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Penyerahan KIT BTS & SUMBANGAN ZAKAT dari TMMS kepada pelajar

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Penyampaian Plug Penghargaan Daripada Grand Master Mentor Hipnoterapis, Dr Ben Fadzil Mohd Salleh kepada YDP PIBG, Datuk Hj Mohamad Isa bin Ishak & pihak sekolah.

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Dr Syamir Alihan Showkat Ali, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, FTKM UniMAP menerima cenderamata daripada PIBG SRA Padang Jawa, Klang.

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Dr Ummi Noor Nazahoah Abdullah, selaku Penyelaras Kelab Sokongan Siswa (KSS), UniMAP menerima cenderamata daripada PIBG SRA Padang Jawa, Klang.

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Ketua Kelab Sokongan Siswa (KSS), UniMAP menerima cenderamata daripada PIBG SRA Padang Jawa, Klang.

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Wakil Sukarelawan Psikososial TMMS, menerima cenderamata daripada PIBG SRA Padang Jawa, Klang

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Che Qiim Training & Consultancy selaku Pengasas Pasukan Terapis Muslim Malaysia-Singapura (TMMS) menerima cenderamata daripada PIBG SRA Padang Jawa, Klang

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Sesi bergambar bersama pelajar yang menerima KIT BACK to SCHOOL & sumbangan zakat dari penaja projek BTS Fasa 1.

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Alhamdulillah, secara rasminya YDP PIBG SRA Padang Jawa menyarung vest coat Pasukan Sukarelawan Psikososial (Mental-Emosi) dihadapan Penasihat TMMS, Dr Ben Fadzil Mohd Salleh.

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Ucapan Khas disampaikan oleh

Ybhg Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Penasihat Pasukan Terapis Muslim Malaysia-Singapura.

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Team TMMS disantuni oleh pihak sekolah dan PIBG SRA Padang Jawa, Klang. Terima kasih atas sarapan pagi yang disediakan. Enak dan menyelarakan.

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Menyantuni guru-guru yang terlibat dengan Program BTS Fasa 1 dan insyallah, terlibat juga dengan BTS Fasa 2 (Program Motivasi BTS).

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

100 orang pelajar SRA Padang Jawa disantuni di dalam Program back To School (BTS) Fasa 1, 2022.

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Perbincangan khusus antara Kelab Sokongan Siswa (KSS), UniMAP dengan Pasukan Terapis Muslim Malaysia-Singapura (TMMS) untuk perkhidmatan kesejahteraan mental-emosi warga pelajar .

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Satu langkah kecil menandai satu perjalanan panjang dalam merekabentuk jurutera profesional abad 21 yang lebih mapan dan berjiwa seimbang.

PROGRAM BTS FASA 1 (30/01/2022)

Terima kasih kepada Puan Guru Besar, Ustazah Rohayu bt Harun kerana menerima kehadiran Pasukan TMMS ke sekolah ini. MERAPAT UKWAH, MENYEMAI BAHAGIA.