MEMORI BERSAMA UNIT PASUKAN TERAPIS MUSLIM MALAYSIA (TMMS),

CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY, 2022

SELANGKAH DEMI UMMAH

Ketika masyarakat Malaysia terkena pelbagai musibah termasuk banjir Disember 2021, maka terbentuknya idea untuk mencari SUKARELAWAN PSIKOSOSIAL (MENTAL-EMOSI) di bawah UNIT TERAPIS MUSLIM MALAYSIA-SINGAPURA (TMMS). Ianya bukan bersifat komersial. Ribuan ringgit telah dibelanjakan oleh Penasihat Unit TMMS bagi menjayakan idea ini demi masyarakat Malaysia. Usaha murni ini telah diperkenan oleh Allah s.w.t untuk menjadikan kami wadah penerus kerja-kerja khidmat sosial di lapangan dengan jayanya. Ramai yang memohon untuk menjadi sukarelawan ini. Setelah ditapis, maka hanya individu yang berkualiti dapat bersama dengan kami. Haza Min Fadhli Rabbi.

WAKTUNYA TELAH TIBA

Gerakkan padu dari kalian semua menjadi suatu inpirasi buat warga Malaysia. Admin mendapat panggilan telefon dari warga Malaysia yang ingin bersama menjadi Sukarelawan Psikososial (Mental-Emosi), namun admin terpaksa menolak kerana kuota sudah penuh. Dan, latihan pentauliahan pun sedang berjalan dengan jayanya. Ini membuktikan bahawa kedapatan warga Malaysia yang ingin bersama kami demi menyumbang tenaga kepada masyarakat. Kursus Pentauliahan Ini adalah PERCUMA demi UMMAH. TERUSKAN BERAMAL demi UMMAH walau dimana juga kalian berada mulai sekarang !

SEMANGAT INGIN BELAJAR

Mereka ini sangat ingin belajar. Pelbagai latar belakang kerjaya dan ianya seperti adik beradik. Tekun belajar selama 3 hari. Gembelengan tenaga dari pakar menghasilkan sesuatu yang sangat super. Masih ada lagi warga Malaysia yang hubungi admin bertanya hal ehwal nak sertai kursus persijilan ini. Nampak gayanya terpaksa admin menolak kerana kursus persijilan ini sedang berjalan (dah dipertengahan pun). Insyallah, sekiranya ada lagi rezeki, Allah buka peluang ini, pasti akan bersua kembali. Kalian memang benar-benar inginkan ilmu tanpa mengira masa di hujung minggu.

KENDERAAN PERTAMA SAKSI DI AKHIRAT KELAK

"Dr Ben, ini senarai kos yang diperlukan untuk beli barang-barang persediaan BACK TO SCHOOL (1 & 2). Nanti dah final Dr transfer kepada saya untuk mudahkan perjalanan program kita ini. Alhamdulillah, ada juga rakan Unit TMMS kita yang sumbang untuk PROJEK AMAL INI", wasap admin kepada penasihat unit tmms. Bertungkus lumus, pagi petang siang dan malam bersama isteri admin mencari barang keperluan untuk PROJEK AMAL BTS. Alhamdulillah, semoga KERETA EXORA ADMIN ini MENJADI SAKSI DI AKHIRAT KELAK DEMI UMMAT yang MEMERLUKAN TENAGA SUKARELAWAN PSIKOSOSIAL, UNIT TMMS. Memori indah ketika uruskan perkara ini adalah MERASA NIKMAT TANGGUNGJAWAB SOSIAL WALAUPUN MACAM-MACAM ORANG TAK SUKA dengan APA yang UNIT TMMS BUAT."

PENAT & SANGAT BERBALOI.

AUNTIE, YOU BAGI I BEST PRICE YA

Pagi-pagi admin dan pembantu khas sudah pergi cari beg sekolah di KL. Ronda punya ronda, maka terjumpa beg sekolah dan beg untuk semua ahli pasukan sukarelawan unit tmms. Alhamdulillah, kualitinya pun baik. Admin sembang dengan auntie ni agar berikan best price untuk projek amal ni. Alhamdulillah, cepat sahaja auntie ni berikan best price bagi beg-beg ini.

Admin sangat puas hati dengan pencarian keperluan untuk PROJEK AMAL BTS ini. Admin rasa satu bentuk kepuasan dari hati admin dapat sediakan barang-barang untuk 100 pelajar Sekolah Rendah Agama Padang Jawa termasuk para sukarelawan Unit TMMS, CQTC. Isteri admin sampai tanya, "abang bersungguh-sungguh dengan TMMS". Admin jawab "TMMS adalah salah SATU UNIT KECIL DI DALAM ORGANISASI CQTC dan IANYA adalah TANGGUNGJAWAB SOSIAL untuk UMMAH di bawah CQTC."

INSPIRASI BEG BTS

Seharian memasukkan barang-barang keperluan sekolah 100 orang pelajar dengan perasaan teruja. Membawa amanah yang diberikan dengan spirit pasukan UNIT TMMS dan SUKARELAWAN PSIKOSOSIAL, UNUT TMMS. Letih dan sangat bebaloi. Teringat kata-kata seorang guruku ketika belajar dulu, "Buat kerja-kerja amal dari hati hasilnya punya menjadi luar biasa dengan izin Allah s.w.t. Ganjaran jangan fikir untuk dunia. Fikirkan bagaimana cara nak ke akhirat melalui jambatan dunia. Awak akan lapang dada. Jiwa tenang. Minda lapang", Begitulah hakikat buat kerja untuk PROJEK AMAL ini.

BUAT DARI HATI, BUKAN BUAT KERANA KOMERSIAL.

KENDERAAN KE-2 SAKSI DI AKHIRAT KELAK

Awal pagi dalam suasana yang hening, semua BEG SEKOLAH PROJEK AMAL BACK TO SCHOOL (BTS) di turunkan dari stor rumah admin secara perlaha-lahan. Merecik air peluh tanda seronok buat kerja ini. KERJA BERJIWA UNIT TMMS (JIWA SUKARELA). Ada waktu admin terfikir apakah kesemua ahli Unit TMMS dan Sukarelawan Psikososial yang dilatih ini mempunyai sifat 'loyal dan jujur pada diri' ? Insyallah, admin tidak ada perasangka buruk pada sukarelawan dan ahli Unit TMMS di dalam apa juga gerak kerja menjayakan program-program berbentuk amal ini. Van putih ini menjadi saksi ke-2 di akhirat kelak dengan apa yang telah dilaksanakan oleh Unit TMMS dan para sukarelawan psikososial kami. TERBAIK !

BUKAN UNTUK BANGGA DIRI

"Buat kerja amal ni bukan nak tunjuk pada masyarakat. Bukan nak tunjuk siapa nombor 1 kat Malaysia dalam kerja-kerja membantu orang. Itu dah jadi tak bagus. Riak namanya. Ada orang yang perangainya macam tu. Nak dapat nama". begitulah pesan seseorang kepada admin. Memasuki perkarangan Sekolah Rendah Agama Padang Jawa membawa SATU MISI MERAPAT UKHUWAH , MENYEMAI BAHAGIA bersama PENASIHAT UNIT TMMS, DR BEN FADZIL MOHD SALLEH. Kunjungan hormat untuk PROJEK BTS FASA 1 ini memberikan KESAN kepada kami dan menambah semangat untuk kami menabur bakti kepada masyarakat. BUKAN UNTUK BANGGA DIRI. IANYA adalah CORPORATE SOCIAL RESPONSBILITY (CSR) kami kepada masyarakat. MENABUR JASA kepada YANG SUDI.

SAKSI KE-3 DI AKHIRAT NANTI

Kolibrasi utuh antara kami dengan Kelab Sokongan Siswa (KSS), UNIMAP Perlis membuahkan hasil yang padu. Dr Ummi dan juga Dr Syamir adalah tulang belakang kuat untuk membawa pelajar KSS turun padang bersama bagi menjayakan MISI PROJEK AMAL BTS FASA 1 & FASA 2 di SRA Padang Jawa.

Gembelengan tenaga muda membantu menjayakan misi ini sangat admin alu-alukan dengan jutaan terima kasih. Tak terbalas admin dengan masa, wang dan tenaga kalian mencurah bakti kepada masyarakat. Makan nasi bungkus bukan penghalang untuk kalian menabur bakti di medan masyarakat selepas pasca banjir. Inilah semangat anak muda dan menjadi saksi di akhirat kelak. Terima kasih UNIMAP.

PROJEK AMAL BTS FASA-2

Ya, memang penat. Ya, memang sunggu memenatkan. Dan, ianya sunnah orang berjuang. Selama beberapa bulan mengembeleng tenaga bersama pasukan demi khidmat kepada masyarakat, akhirnya PROJEK AMAL BTS 1 & 2 akhirnya selamat dijalankan dengan jayanya. Kerjasama padu dari pihak PIBG & pentadbir SRA Padang Jawa membawa satu rahmat kepada semua yang hadir. Keceriaan jelas terpancar pada muka pelajar-pelajar yang menanti kehadiran kami. Kiriman Wang dari Pasukan TMMS Singapura yang diketuai oleh Tuan Haji Mohsain Badron telah dapat dimanfaat terus kepada peserta. Terima kasih kepada KSS, UniMAP dan seluruh sukarelawan psikososial yang terlibat bagi menjayakan projek amal ini.

APLIKASI TERAPI CTC PASCA BANJIR

Antara modul yang dijalankan bersama para pelajar bagi PROJEK AMAL BTS FASA KE-2 ini adalah APLIKASI TERAPI CREATIVE TRAUMA CLEANSING (CTC). Para sukarelawan yang menyampaikan aplikasi terapi CTC ini telah dilatih secara padu melalui Persijilan Kesukarelawanan Psikososial di bawah bimbingan terus Tuan Haji Mohsain b. Badron , Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Dr Ummi NoorNazahiah, Dr Syamir dan Che Qiim.

Para pelajar didedahkan penggunaan terapi CTC untuk menghilangkan trauma emosi yang masih melekat di minda mereka kerana musibah banjir yang pada Disember 2021.

APLIKASI TERAPI CTC PASCA BANJIR

Salah seorang ahli sukarelawan psikososial kami sedang melaksanakan sesi terapi CTC secara berkumpulan. Kaedah Neck Squezzing di aplikasi terus ke atas pelajar dan ianya memberikan kesan optima ke atas minda diri pelajar.

Semoga menjadi amal jariah para sukarelawan kami di akhirat sana.

JUTAAN TERIMA KASIH !

Jutaan terima kasih admin ucapkan kepada kesemua yang terlibat . Kerjasama padu dari pihak PIBG sekolah yang diketuai oleh Ybhg Datuk Haji Mohammad Isa bin Haji Ishak serta pentadbir sekolah membawa satu ruang kerjasama erat dengan izin Allah s.w.t. Kelab Sokongan Siswa (KSS) yang diterajui oleh Dr Syamir dan juga Dr Ummi membawa satu kebersamaan di lapangan sosial dengan sokongan dari Unit TMMS, Che Qiim Training & Consultancy.

MENABUR JASA, MENYEMAI BAHAGIA

Sekalipun ombak datang bergulung besar menghempas badai, kami tetap utuh tanpa sebarang keraguan. "Ya Allah, peliharalah kalam dan hati-hati setiap sukarelawan psikososial kami ketika bertugas. Bersihkan hati kami dari sifat riya', ujub dan takabbur. Jauhi hati dan lidah kami dari mencela dan menfitnah sesama kami. Jauhi kami dari fitnah akhir zaman yang tidak suka dengan usaha yang kami laksanakan demi ummah. Ya Allah, berkahi umur kami dengan kebaikan. Berkahi kehidupan kami dengan jalan-jalan kebaikan. Terimalah amal kebajikan kami ini. Semoga asbab program kecil ini, kami terlepas dari azab api nerakamu. Amin Ya Rabb".

GIVE A LITTLE , HELP A LOT

Program Sukarelawan PsikoSosial: Back To School Pasca Banjir 2022 ini merupakan satu program bagi menyantuni pelajar-pelajar dan guru serta kakitangan Sekolah Rendah Agama, Padang Jawa, Klang yang terkesan dengan banjir pada hujung Disember 2021. OBJEKTIF UTAMA PROGRAM SOSIAL ini adalah membantu meringinkan beban ibu bapa yang menghadapi kesukaran untuk menyediakan peralatan sekolah anak-anak pasca banjir ( SDG 4: PENDIDIKAN BERKUALITI) dan memberi bantuan psiko-sosial kepada pelajar dan pendidik serta kakitangan sekolah agar dapat bangkit meneruskan kehidupan selepas pasca banjir (SDG 3: KESEJAHTERAAN HIDUP).