TEKANAN ; PUNCA GANGGUAN MENTAL

Prihatin orang sekeliling dengan mendengar rintihan individu yang berhadapan tekanan membantu mereka daripada membuat keputusan luar dugaan termasuk cubaan membunuh diri.

Tanpa disedari luahan sedemikian dilihat sebagai individu berkenaan mengalami kemurungan serius dan sering beranggapan tidak berguna untuk meneruskan kehidupan kesan tekanan yang dihadapi.

Luahan berkenaan bukan gurauan atau dibuat-buat malah menunjukkan mereka hilang pertimbangan akibat gagal menemui jalan penyelesaian ketika berdepan masalah.

Pakar Psikiatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, berkata langkah pertama perlu diambil mendengar luahan mereka dengan sabar.

Usah cepat menghukum individu terbabit seperti tiada pegangan agama, tetapi cuba memahami senario dialami dan empati dengan mengetepikan apa yang difikirkan.

https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/10/616824/tekanan-punca-gangguan-mental

SINDROM RISAU TERLAMPAU

“Selama setahun saya menderita akibat sentiasa terfikir dibayangi maut sehingga seolah-olah lampu di siling masjid bila-bila masa boleh menghempap saya,” kata Syazwan Jaafar, bekas penghidap kecelaruan keresahan panik atau ‘panic disorder’ iaitu satu daripada penyakit psikiatri Anxiety Disorder (AD) yang menyebabkan seseorang risau terlampau terhadap sesuatu musibah.

Syazwan, 35, yang juga bilal Masjid al-Qurtubi di Segambut berkata, fikirannya mula terganggu akibat penyakit itu pada April 2013 selepas tiba-tiba terkena serangan panik.

“Tanpa sebarang sebab, jantung berdegup kencang, nafas menjadi sesak dan badan berpeluh. Saya mula gelisah dan tertanya-tanya adakah ini tanda ajal semakin dekat sehingga tidak dapat melaksanakan kerja,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, fikirannya sentiasa terbayangkan kematian secara melampau malah berulang-alik ke hospital dan klinik berpuluh kali disebabkan beranggapan mempunyai penyakit kronik mengakibatkan dia gelisah, takut dengan dosa, tidak cukup tidur dan badan menjadi sengal-sengal.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2015/07/67024/sindrom-risau-terlampau

KEMURUNGAN MELUMPUHKAN JIWA

“Che Qiim, saya nak bunuh diri!”

Kes 1

“Che Qiim, bila semuanya dah habis saya berikan pada suami saya, baru sekarang suami ‘top up’ balik.

‘Top up’ balik dengan bawa bercuti ke luar negara. Belikan apa sahaja yang saya nak. Tapi, kenapa waktu ni baru dia nak lakukan semuanya setelah saya berhabis pada dia.”

Kes 2

“Che Qiim, saya dah pernah nak bunuh diri. Dah tak tahan dengan ujian ini. Saya dendam dan marah pada perangai suami. Dan, saya pernah mempersoal Tuhan, kenapa semuanya jadi pada saya?

Anda pernah mendengar kes seperti di atas? Anda pernah melihat atau melalui situasi seperti wanita ini?

Pengalaman merawat individu yang kemurungan seperti ini adalah sebahagian pengalaman dan kisah benar yang boleh saya kongsikan di ruangan penulisan ini.

Isu kemurungan menjadi isu utama menjelang tahun 2020. Statistik daripada Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan juga mendapati kenaikan berganda sebanyak 17% rakyat Malaysia yang mengalami kemurungan; 29% daripada 12% pada 2011.

https://iluvislam.my/kemurungan-melumpuhkan-jiwa/

DEPRESI PKP 3.0: HAMPIR HILANG SUMBER PENDAPATAN.

“Datin Onnie, saya bingung, tertekan pun ada. Kerana dah 2 kali PKP dan ini masuk 3.0. Saya tidak boleh pertahankan taska saya lagi”. Suasana menjadi sunyi sepi seketika.


“Taska ini nyawa saya. Tapi sekarang ini saya tidak mampu tampung kos operasinya. Kerana saya telah mula berhutang”. Jelas Puan K (bukan nama sebenar). Suaranya mula tersekat-sekat.


“Suami ada tapi tak boleh harap. Semua perbelanjaan keluarga saya urus. Selama ini pendapatan dari taska itulah sumber saya menampung perbelanjaan 2 orang anak. Seorang belajar di Universiti dan seorang lagi sekolah menengah”. Mata Puan K berkaca.


“Saya buntu. Tak tahu hendak buat apa? Kerana taska satu-satunya sumber pendapatan saya.” Kelopak mata Puan K tidak mampu membentungnya lagi. Lalu ia mengalir deras ke pipi Puan K.


“Puan, pernah dengar tentang keberkatan rezeki isteri ada kaitan dengan redho suami?”. Puan K mengangguk kepala. Berat. Mukanya tertunduk. Sesi coaching berjalan dengan memecah kebuntuan emosi dan fikirannya. Selesai sesi coaching....


“Sekarang saya jelas apa yang boleh saya buat untuk jana pendapatan dari taska. Malah saya lebih yakin untuk memulakan perkhidmatan baru ini”. Ujar Puan K dengan senyum.


Ada orang yang buntu dalam tempohan masa Covid ini. Kerana kebuntuan tersebut menyebabkan ramai orang alami depresi khususnya wanita. Lepaskan rasa depresimu dengan mengambil tahu dimana emosi anda perlu di dengari seperti yang dilalui oleh Puan K. Pemikiran menjadi semakin lapang setelah melalui proses coaching pembangunan diri. “Minda Positif, Potensi Berganda !"


Maklumat Penulis:

Nooraini binti Khaironi. Merupakan seorang Coach Minda Positif, Bina Potensi Diri dan juga Profesional Hipnoterapis. Beliau merupakan salah seorang Pasukan Terapis Muslim Malaysia yang dibimbing oleh Dr Ben Fadzli Mohd Salleh dan Che Qiim Training & Consultancy. Untuk perkhidmatan profesional bersama beliau, sila hubungi talian +60 12-304 1162.

KEHILANGAN YANG TERKESAN

Kehilangan seseorang insan yang tersayang tanpa diduga memberi impak yang besar keatas setiap individu. Bukan mudah untuk diterima dan redha dengan peristiwa yang berlaku.

Siapa hendak meninggal di awal usia? Siapa nak berpisah separuh jalan? siapa yang ingin susah sendirian? Siapa yang tidak mahu kasih sayang dan ikatan berterusan? Kerna Allah telah mengatur jalan cerita setiap insan. Nama pun manusia. Pasti berdepan dengan situasi emosi tidak keruan. Hati dan fikiran tidak mampu berhubung serentak sehingga terganggunya kesihatan mental-emosi.

Benarlah kisah sebahagian orang yang terdetik hati secebis kasih sayang. Sedetik berlaku selamanya kehilangan. Rutin harian suami mencari rezeki. Sebelum terbitnya sang mentari, suami sudah keluar rumah untuk meraih rezeki kurniaan illahi. Meninggalkan isteri dan anak-anak.

Dikala senja dikhabarkan dengan berita insan tersayang telah kembali ke penciptaNYA. Dikhabarkan berita bahawa sang suami terlibat dengan kemalangan. Lidah kaku seribu kata. Yang mampu ketika itu adalah menitiskan airmata mengalir dengan harapan dapat menguatkan hati dan sabar dalam menempuh dugaan ini. Allah Maha Penyayang.

Aku tidak mampu melupakan orang tersayang yang sekelip mata meninggalkan ku sekeluarga. Saban hari aku menangis,hanya air mata menemani ku dikala siang dan malam. Aku tidak mahu diganggu. Aku lebih suka bersendirian dan tidak suka bercampur dengan orang lain

Aku lebih suka berkurung bersendirian di dalam bilik. Aku lebih suka mendiamkan diri. Aku tidak mampu menguruskan diriku sendiri kerana masih mengaharapkan pada orang tersayang.

Aku mula tidak mahu makan atau minum kerana sepanjang hari merasakan diri ku kenyang sehinggalah aku jatuh sakit. KEHILANGAN INI MEMBERI KESAN KEATAS DIRIKU.

Kisah yang berlaku ini cukup terkesan pada kesihatan mentalku. Setelah kehilangan orang tersayang sehinggalah dipertemukan dengan Pakar Emosi, beliau mampu menjalani hidup yang baharu. BEBAS DARI CENGKAMAN EMOSI DEPRESI DEK KEHILANGAN INSAN TERSAYANG. Mampu ketawa dan tersenyum kembali demi sebuah kehidupan.

# JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TERJEBAK DENGAN EMOSI DAN PERASAAN TERTEKAN KERANA INI BOLEH MENGGANGGU KESIHATAN MENTAL ANDA.

Maklumat Penulis :-

Nini Dimasniey. Merupakan seorang ketua jururawat di sebuah klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beliau juga merupakan seorang Pakar Pengurusan Emosi Khusus Warga Emas (Wanita). Beliau mendapat didikan sebagai Profesional Hipnoterapis di bawah bimbingan dr Ben Fadzil Mohd Salleh, BHHS. Berusaha menuntut ilmu Kemahiran Mengurus Pesakit Bunuh Diri (PBD) dan ilmu Histrionik Personality Disorder (HPD) di bawah tunjuk ajar Che Qiim Training & Consultancy. Untuk mendapatkan perkhidmatan profesional beliau, sila hubungi :+60 17-766 5548

PRESENTING PROBLEM IS NOT REAL PROBLEM

#presentingproblemitsnotrealproblem

"Oh. Saya tidak buat macam tu pada suami saya. Takkanlah saya orang berpelajaran tinggi nak buat tak senonoh di belakang suami saya".

Kata-kata seperti ini hanyalah kata-kata yang keluar dari mulut semata. Apabila diperhalusi melalui tindakan, didapati kata-kata orang seperti ini tidak boleh dipegang.

CQ didatangi oleh seorang wanita yang tak puas hati apabila dirinya dikatakan berpelajaran tinggi membuat onar dibelakang suaminya.

Apabila bukti dan siasatan telah diserahkan kepada CQ oleh suaminya, maka terkedu terus tanpa kata-kata.

CQ Masih ingat lagi kata-kata wanita itu. "CHE QIIM, Takkanlah saya wanita yang berpendidikan tinggi nak buat onar dibelakang suami saya. Saya pun nak jaga reputasi saya sebagai pegawai di organisasi saya. "

Bukti kukuh sudah Ada. Bukti Dan fakta tidak boleh direka cipta. Mental Health Forensic Di CQTC melihat apa ada dibalik diri wanita ini.

Wajah wanita ini kelihatan bagus. Berpendidikan tinggi. Namun, berdasarkan fakta penemuan dan bukti kukuh si suami, maka wanita bekerjaya ini dihadapkan ke muka pengadilan untuk diadili. Kerana itu jangan sesekali mempercaya apa yang dikatakan oleh setiap pasangan, kerana disitu ada petunjuk tersendiri. Allah nak tunjuk bukti sekejap sahaja yop.

Jangan bangga diri apabila ada jawatan tinggi di pejabat. Balik rumah, sangkut jawatanmu sebagai pengarah sana sini. Kerana keutamaanmu adalah keluargamu.

#antarakoleksikesdicqtc

MAKLUMAT DIRI PENULIS :-

Mohd Mustaqiim Asmuji (Che Qiim). Merupakan seorang Pakar Runding Kesihatan Mental Forensik. Bertugas di Che Qiim Training & Consultancy. Kepakaran khusus beliau adalah di dalam pengurusan tekanan, anxiety dan depresi. Beliau telah dipilih oleh BRITISPEDIA (UK) sebagai SUCCESSFUL PEOPLE IN MALAYSIA di dalam bidang kepakaran beliau. Untuk perkhidmatan profesional, sila hubungi talian 019-204 4036.

HIPNOTERAPI UNTUK KESIHATAN MENTAL-EMOSI

Hipnoterapi adalah satu kaedah terapi minda-emosi yang digunakan di dalam merawat gangguan seperti tekanan, kebimbangan, depresi, ketagihan dan yang berkaitan dengan gangguan mental-emosi. Ianya selamat dilalui oleh seseorang tanpa melalui proses ubat-ubatan. Hipnoterapi telah dikaji keberkesanannya oleh Bahagian Teknologi Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di dalam menangani kes seperti tekanan perasaan, gangguan emosi, pengurusan kesakitan dan sebagainya. Sesi hipnoterapi klinikal dilaksanakan oleh hipnoterapis bertauliah yang terlatih di bidang kesihatan mental-emosi.

NLP ADALAH SIHIR ? BETUL KE ?

Selawat serta salam atas Rasulullah s.a.w. khatimul 'anbiya dengannya diizinkan hamba menulis sedikit coretan ini. Semoga coretan ini dapat mencerahkan pemikiran pembaca dan menjadi asbab manfaat untuk semua. Penulis seupaya mungkin menulis coretan ini berpaksikan kepada fakta yang telah diamali dengan tekun dan dengan petunjuk Allah s.w.t. Penulis bukan seorang yang hebat dan tiada kehebatan sebenar kecuali Maha HebatNYA Allah. Ilmu yang dipinjamkan kepada penulis iibaratkan setitik air yang jatuh dari hujung sebatang jarum

Penulis seringkali disapa dengan video pendek berkaitan ilmu NLP & Hipnoterapi yang dikatakan mengandungi unsur sihir. Sebolehnya penulis tidak mahu memberikan pandangan melulu terhadap setiap kata-kata penceramah agamawan yang berkata seperti itu. Dek kerana hormat yang tinggi penulis kepada golongan agamawan, maka penulis mengambil pendekatan SUAL (SHUT UP & LISTEN) terhadap kalam yang diluncurkan oleh golongan agamawan walaupun apa yang diperkatakan itu bercanggah dengan realiti sebenar di bidang amalan penulis.

Setelah bertahun-tahun penulis membuat kajian, penelitian dan amalan di bidang NLP sehingga diminta menjadi penyelia ke-2 tesis pelajar universiti tempatan di bidang ini, tiada dapatan yang menyatakan bahawa ilmu NLP mengandungi unsur-unsur sihir.

Apakah ITU SIHIR & UNSUR-UNSURNYA ?

(Rujukan CHt Ust SaifulNizam Hashim, pakar rujuk perawatan Islam & juga pengamal hipnoterapi bertauliah di bawah bimbingan TMMS)

  • Bahasa mudah sihir adalah "sesuatu yang dituju oleh manusia melalui perantaraan jin".

Unsur-Unsur Yang Disebut sebagai Sihir ?

  • Gunakan mentera yang tidak difahami bahasanya.

  • Guna alat / bahan yang bertentangan dengan syarak.

  • Melihat pada zahir pengamalnya seperti berpakaian dengan pakaian khusus, kena ada keris @ bahan-bahan pelik.

  • Kaedah yang digunakan melanggar syarak seperti menyentuh aurat pesakit.

  • Perjanjian dengan jin untuk jin keluar dari badan orang yang terkena sihir.

  • Mengamalkan amalan tertentu dalam tempoh masa tertentu, contoh : meminum darah manusia selama 40 hari.

  • Meminta barang yang pelik. Contoh , minta cebisan tubuh manusia / bahagian tertentu dari tubuh manusia.

ADA ORANG MENAFSIR NLP ADALAH SIHIR. BAGAIMANA PULA TU ?

Menafsir bahawa ilmu NLP adalah sihir suatu perkara yang perlu diperhalusi kembali kepada mereka yang menafsir seperti ini. Dimanakah yang dikatakan ilmu NLP itu adalah sihir dan mengandungi ciri-ciri sihir? Pengamalan ilmu NLP di Pasukan Terapis Muslim Malaysia-Singapore (TMMS) menjurus kepada mengupaya potensi diri insani. NLP dilihat dari tafsiran bagaimana diri seseorang berfikir, berkomunikasi dengan diri dan orang lain serta bertindak dengan strategi tepat untuk mencapai kejayaan yang diigini. Sudah semestinya sebagai seorang muslim, kita mahu cemerlang di dunia dan di akhirat. Al-quran dan al-hadis adalah panduan kita sepanjang zaman. Adapun ilmu-ilmu kaunseling, nlp, hipnoterapi adalah 'sebagai ilmu alat' untuk kehidupan harian kita. ANDA BOLEH MELIHAT GAMBARAN PEMBELAJARAN ILMU NLP DIBAWAH BIMBINGAN PASUKAN TERAPIS MUSLIM MALAYSIA-SINGAPURA (TMMS). JANGAN BELAJAR ILMU NLP DARI KAMI sekiranya anda ragu-ragu. BELAJARLAH kepada MEREKA yang PUNYA KETERAMPILAN ILMIAH DI BIDANG INI MULAI SEKARANG !

RUMUSAN AWAL CORETAN INI

  • Berhati-hati dan berwaspada dengan fahaman-fahaman nlp yang menyimpang dan diajar oleh mereka yang tidak terampil di bidang ini.

  • Sebelum anda menafsir bahawa sesuatu ilmu itu mempunyai unsur-unsur sihir, syirik...eloklah anda pelajari lebih dalam dan kaji sehingga akar umbi, TAHUKAN ANDA BAHAWA SALAH SEORANG PENGEMBANG ILMU NLP MASUK ISLAM DEK KERANA KAJIAN NLP YANG DILAKUKAN OLEH DIRINYA ? PASTI ANDA TIADA MAKLUMAT INI BUKAN ?

  • Rujuk kepada pakar pembelajaran NLP dan Hipnoterapi ilmiah agar susur ilmu pembelajaran anda adalah tepat dan dapat memacu penjagaan aqal & nyawa diri selaras dengan Maqasid Syariyyah.

Mufakkir illallah,

Che Qiim, Jurulatih NLP Antarabangsa NFNLP-USA

*Bekas pegawai latihan dan penyelidikan Muallaf, PERKIM dan sekarang

berkhidmat sebagai Pakar Runding Kesihatan Mental Forensik di Che Qiim

Training & Consultancy.

CQ telah membuat bacaan terhadap buku ini. Dan, terfikir bahawa KERUGIAN BESAR SEORANG MUSLIM tidak mengambil manfaat dari ilmu ini dilapangan dakwah bersama mad'u kita. Sedangkan ilmu NLP giat digunapakai di dalam seni komunikasi memudah cara sesi kaunseling pastor mahupun kaunselor kristian, JANGAN MARAH BANGSA LAIN kerana BELAJAR ILMU seperti INI. MARAHLAH KEPADA DIRI SENDIRI KERANA KEBANYAKKAN SIFAT BANGSAKU SENDIRI MALAS MEMBACA DAN MENGKAJI. NAK MARAH CHE QIIM ? TIDAK MENGAPA. TIADA TERKESAN DENGAN KATA-KATA ANDA. MENGEMBANG ILMU DEMI UMMAH !

TAHUKAH ANDA SALAH SEORANG PENGEMBANG ILMU NLP MASUK ISLAM SETELAH MENGKAJI ILMU NLP ?

Wyatt Woodsmall is the founder and President of Advanced Behavioral Modeling,. Inc,. a training and consulting firm committed to dramatically increasing the performance of organizations and individuals through the use of advanced behavioral and learning technologies. Wyatt is an expert modeler, business consultant and trainer.

He is known for his vast range of interests and for his ability to synthesize complex ideas into new and more powerful models. Wyatt has been instrumental in pioneering the concepts and applications of behavioral modeling technology in the public, business and athletic sectors. He is the co-creator of Advanced Behavioral Modeling (ABM) ™ which is a technology for capturing and transferring excellence. ABM™ is a synthesis of the NLP approach to modeling with ideas from artificial intelligence, cybernetic epistemology, systems science, values research, human typological analysis, accelerated learning and cognitive psychology.

Wyatt did modeling projects with the US Government in areas includingMorse Code reception, recruiting techniques, Hovercraft operations, pistol and rifle marksmanship, computer systems administration, knowledge engineers, and synthesis and creativity. In the private sector he has worked with Polaroid, General Motors, MCI, and Avery Dennison. He has been working for twelve years with the US Olympic Diving Team and coaches. ABM’s work contributed to the 6 U.S. medalswon at the 1994, 1998, 2002 and 2006 Olympics in diving. Other not able modeling projects include modeling 50 successful entrepreneurs in Yorkshire, United Kingdom and modeling the most successful salesmen in the history of his industry in the world with 165 million in sales in one year. With his wife Marilyne Wyatt modeling Michel Thomas who could teach people to speak a language proficiently in five days.

In addition to modeling and consulting on performance enhancement, Wyatt conducts in-house management, leadership, supervision, values, creativity, sales, negotiations and entrepreneurial trainings. He also does public trainings in NLP and Advanced Behavioral Modeling. He has conducted over 36 NLP Trainer’s Trainings in 12 countries on three continents. Wyatt has conducted basic and advanced NLP Trainings in over 25 countries on all five continents. He is the first person evercertified as a Master Trainer and as a Master Modeler. He is the past President of IANLP (International Association for NLP) and an honorary member of GANLP. He has a Ph. D. from Columbia University, and M.Div.From Union Theological Seminary and a B.S. in Physics from the University of Virginia. Wyatt is generally recognized as the "Trainers Trainer" and as one of the most creative minds in NLP. He is theforemost modeler in the NLP community. He is the co-author of People Pattern Power: The Nine Keys to Business Success and of Time Line Therapy and the Basis of Personality and of over 50 published articleson NLP. He is the co-author with his wife Marilyne of "Michel Thomas:The Master Teacher.www.wyattwoodsmall.com