PENGENALAN SKUAD JOM MEROKET (SJM)
PENGENALAN SKUAD JOM MEROKET (SJM)
Skuad Jom Meroket telah wujud sejak Januari 2015 dan telah diperkenalkan oleh Hazrin dan Hazril (Pasangan Kembar). SJM sangat aktif dalam penajaan dan pendaftaran simkad sehingga sekarang. Buat masa ini SJM mempunyai lebih dari 15 group whatsapp. Setiap group mempunyai ketua (Junior & Service Center) yang berbeza untuk memantau setiap ahli di dalam group.
Dengan perkembangan group yang menggalakkan, Hazrin dan Hazril nampaknya memerlukan bantuan Faizal, Shah, Zura, Asyraf dan Hayyu untuk sama-sama menguruskan group agar kekal teratur dan berkembang dengan baik.
Bagi ahli SJM yang aktif dalam penajaan, mereka akan diberi insentif yang menarik. Contohnya, wang tunai, simkad percuma, barangan, serta percutian dalam dan luar negara. Sebagai pengguna biasa di bawah SJM juga tidak ketinggalan, mereka tetap akan diberikan hadiah menarik melalui Peraduan Cabutan Bertuah Bulanan.
Untuk tujuan pembelian simkad, bolehlah menghubungi Hazrin ataupun lebih baik berurusan dengan Ejen masing-masing bagi menguatkan hubungan antara pembeli dan Ejen. Untuk tujuan pendaftaran, boleh melalui Ejen ataupun support team di dalam group whatsapp.
SJM akan membuat Peraduan Cabutan Bertuah Top Up pada setiap bulan. Semua ahli yang ingin menyertai perlulah menghantar nama kepada admin bertugas. Sila whatsapp 01164865660 dan buktikan screenshot Top Up.
Setiap bulan juga SJM akan mengikuti Seminar Master Class yang telah dianjurkan oleh pihak HQ. SJM akan membawa 30 orang minimum Ejen setiap bulan bagi memberikan suntikan semangat, menambahbaik kualiti ilmu dan kemahiran mereka. SJM membawa Ejen bukan sahaja untuk mengambil aura dari ahli yang sudah berjaya, namun dalam masa yang sama untuk mengembangkan ahli dan rangkaian dalam SJM. Hasil daripada Master Class sebelum ini, ramai Ejen SJM telah berjaya mendaftar ahli baru walaupun tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman.
Selain itu, SJM sentiasa memikirkan idea baharu bagi memastikan setiap Ejen dapat bergerak, kuasai ilmu berkenaan produk dan tingkatkan mutu pendaftaran setiap bulan. Bukan itu sahaja, SJM ada membuat aktiviti bersama Ejen bagi mengeratkan hubungan sesama ahli dan dapat membantu ahli yang lain sekiranya mempunyai sebarang kesulitan.
Master Class
Trip To Singapore
Road Tour SJM
Project 1750
Kelas Najib Assadok
Raya Raya SJM
Family Day SJM
Bowling SJM