Sebagai pengguna Tone Wow, anda akan menikmati manfaat yang telah disediakan.
Selain dari Pelan Internet dan peluang menjana pendapatan, ToneGroup amat menjaga kebajikan pengguna Tone Wow dengan menyediakan manfaat yang tidak ada pada Syarikat Telekomunikasi yang lain.
1. TONE WOW LINDUNG
Tone Wow menyediakan dua jenis perlindungan kepada pengguna iaitu Takaful Hayat dan PA Takaful Kemalangan Diri secara percuma.
A) Takaful Hayat
Pengguna akan menerima Takaful Hayat dengan jumlah pampasan sehingga RM4000 hanya dengan pendaftaran starter pack PRO dan BIZ. Pengguna akan mendapat perlindungan sehingga 1 tahun dan waris akan menerima pampasan wang tunai sekiranya berlaku kematian terhadap pengguna kecuali bunuh diri.
B) PA Takaful Kemalangan Diri
ToneGroup menyediakan PA Takaful Kemalangan Diri secara percuma kepada pengguna dengan pembelian starter pack Lindung Lite, Pro atau Biz. Kadar pampasan ialah sehingga RM50,000.
2. WOWCHER POINT
𝗔𝗽𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗪𝗢𝗪𝗰𝗵𝗲𝗿❓
Anda pasti tertanya-tanya apa fungsi WOWcher ni ? Sebagai pengguna perkhidmatan Tone Wow, WOWcher ni dipanggil ganjaran mata kesetiaan tau. Yang paling best, lagi banyak kita gunakan perkhidmatan Tone Wow, lagi banyak mata ganjaran yang kita akan dapat dan kita boleh berjimat cermat ketika berbelanja selepas ni.
𝗔𝗽𝗮 𝗸𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗪𝗢𝗪𝗰𝗵𝗲𝗿 𝗻𝗶❓
Pengguna boleh menebus point untuk mendapatkan produk atau barangan runcit serta melanggan data, melanjutkan tempoh kredit dan menebus voucher secara PERCUMA di mana-mana sahaja. Mudah sangat, kan ? 💪
Gunakan kelebihan WOWcher sekarang !
3. WOWLET
WOWlet diperkenal bagi memudahkan transaksi tambah nilai/top up anda.
Anda juga boleh melanggan Perlindungan Hayat serta mendapatkan Nombor Telefon Premium/VIP melalui WOWlet.
Ahli boleh menambah nilai WOWlet melalui saluran FPX, kad debit @ kad kredit yang disediakan di dalam Aplikasi Tone Wow.
Pengguna simkad Tone Wow akan diberi kemudahan menjual Top Up untuk telko seperti Digi, Maxis, Umobile, Tunetalk & Celcom. Kelebihan ini adalah percuma tanpa dikenakan sebarang caj dan hanya perlu menambah baki WOWlet sahaja.
Anda perlu muat turun Aplikasi MyWOW dan boleh mula menjual Top Up. Dengan menjual Top Up pada ahli rangkaian anda dan orang ramai di luar sana, maka semakin bertambah side income anda, bukan ?
4. CABUTAN BERTUAH
Tone Wow sentiasa membuat kejutan dengan hadiah-hadiah yang menarik antaranya Cabutan Mingguan, Bulanan dan Tahunan. Anda hanya perlu gunakan simkad Tone Wow seperti biasa dan pastikan simkad anda aktif untuk sertai setiap cabutan bertuah.
Skuad Jom Meroket juga mengadakan Peraduan Cabutan Bertuah setiap bulan khas untuk ahli di bawah Branch Hazrin Zairi.
Cubalah guna simkad Tone Wow, mana tahu tuah anda di sini !
Cabutan Bertuah Tahunan
Cabutan Bertuah Bermusim
Cabutan Bertuah SJM
5. PERCUTIAN ANTARABANGSA PERCUMA
Untuk ahli yang telah mencapai prestasi yang baik sepanjang tahun, Tone Wow menyediakan percutian antarabangsa secara percuma.
Hanya ikuti syarat kelayakan, bukan setakat percutian percuma, malah HQ juga turut memberikan wang perbelanjaan kepada ahli tersebut.
Tajaan Percutian Percuma
6. PAKEJ UMRAH PERCUMA
HQ akan membuka peluang kepada setiap ahli yang beragama Islam untuk merebut pakej umrah sekali seumur hidup dengan tanggungan 100% oleh pihak syarikat.
Hanya ikuti syarat yang telah ditetapkan dan anda boleh menunaikan umrah bersama ahli-ahli Tone Wow yang layak.
Bagi ahli bukan Islam pula, mereka akan diberikan dalam bentuk wang tunai.
7. PENDAPATAN BOLEH DIWARISI
Berita Baik !!
Jarang sekali kita dengar syarikat membayar gaji atau komisen setiap bulan sekiranya pekerja mereka meninggal dunia.
Namun di Tone Wow, semua pendapatan kita boleh diwariskan seandainya kita meninggal dunia. Tidak berkurang sedikit pun jumlah pendapatan itu, malah pendapatan tersebut boleh meningkat sekiranya waris meneruskan bisnes Tone Wow tersebut.
Hasil pendapatan tersebut akan dikreditkan ke akaun bank waris anda selagi nombor anda kekal aktif bersama Tone Wow.
Nota : Pastikan anda maklumkan kepada waris untuk top up simkad anda setiap bulan bagi memastikan komisen bulanan anda kekal masuk ke akaun bank waris.
Puan Elvidiani, balu kepada Dr. Myrza Himawan yang telah kembali ke rahmatullah pada awal 2019. Dr Myrza Himawan adalah bekas BRANCH CENTER TONE WOW di Masai Johor.
Kini Puan Elvidiani dan keluarga mewarisi pendapatan yang diusahakan oleh Dr Myrza semasa hayatnya.
Pendapatan di Tone Wow BOLEH DIWARISI !
8. KHAIRAT KEMATIAN
Waris anda juga layak untuk mendapat sumbangan khairat kematian sehingga RM500 apabila anda top up minimum RM50.
Nota : Tempoh matang minimum 3 hingga 6 bulan selepas pendaftaran.