PROFIL TONE WOW
PROFIL TONE WOW
Tone Group International (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai syarikat telekomunikasi yang unik. Pada awal penubuhan, Tone Group telah mewujudkan 2 program rujukan iaitu Tone Excel dan Tone Plus dengan menggunakan rangkaian Tune Talk. Program ini telah mendapat sambutan dan telah melahirkan ramai ahli yang menjana pendapatan melebihi RM100,000 pasif setiap bulan.
Pada tahun 2018, ToneGroup semakin bergerak ke hadapan dengan memperkenalkan simkad baharunya iaitu Tone Wow dengan menggunakan rangkaian DIGI.
Dengan harga serendah RM12.50 dan data pelan yang lebih murah, sudah tentulah mampu menarik lebih ramai pengguna untuk menggunakan simkad Tone Wow. Mereka sebagai ahli Tone Wow bukan sahaja dapat menikmati kelebihan yang telah disediakan, malah mereka juga dapat merebut manfaat untuk menjana pendapatan pasif setiap bulan.
Kita sendiri dapat melihat bahawa cabaran ekonomi sejak 2010 hingga kini sangat membimbangkan. Banyak syarikat yang terpaksa memberhentikan pekerja disebabkan oleh ekonomi yang tidak stabil.
Cabaran ataupun gambaran yang jelas sudah kita merasa sendiri sewaktu penularan virus Covid-19. Kita mengalami krisis ekonomi yang paling teruk dalam sejarah di mana di bawah ini antara keadaan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia :
1) Pekerja Tidak Boleh Bekerja
2) Gaji Bulanan Dikurangkan/Dihentikan
3) Simpanan Semakin Berkurangan
4) Mental Rakyat Semakin Tertekan
5) Pernah sampai satu tahap terpaksa mengangkat bendera putih kerana tiada pilihan lain untuk meneruskan hidup
Oleh itu, ToneGroup memandang serius akan perkara ini dengan mencipta program rujukan simkad (produk keperluan) dengan tujuan untuk membantu golongan yang terjejas, memberikan peluang kepada semua orang untuk berbisnes dan seterusnya bagi menaik taraf ekonomi isi rumah.
Sepanjang beroperasi, Tone Group International (M) Sdn Bhd juga telah mendapat sijil yang diiktiraf seperti Produk Patuh Syariah, Anugerah Majikan Terbaik KWSP, Malaysia Book Of Records dan Penyenaraian Pemegang Lesen ASP daripada SKMM.
Ini menunjukkan bahawa Syarikat ToneGroup adalah sebuah syarikat yang kukuh dan sangat dipercayai.