Feel free to visit my youtube channel
TERAS STRATEGIK 6 :
Pendidikan untuk Pembangunan Mampan (PPM) (Education for Sustainable Development – ESD)
Membudayakan Kemampanan dalam Ekosistem Pendidikan
Strategi 1: Memperkasa PPM dalam kalangan murid
S1 P1: Mengintegrasikan PPM dalam kurikulum dan kokurikulum
S1 P2: Menyediakan murid dengan kemahiran berkaitan bidang pekerjaan lestari
Strategi 2: Mengupayakan pendidik dan pemimpin pendidikan bagi menerajui PPM
S2 P1: Membangunkan kapasiti pendidik dan pemimpin pendidikan sebagai peneraju PPM
Strategi 3: Meningkatkan advokasi dan promosi PPM dalam ekosistem pendidikan secara terangkum
S3 P1: Mengoptimumkan jaringan dan jalinan untuk PPM
S3 P2: Memperkasakan murid dan warga pendidikan sebagai agen perubahan amalan kemampanan
Strategi 4: Memperkukuh pemantauan dan penilaian pelaksanaan PPM di institusi pendidikan KPM
S4 P1: Menilai dan mengiktiraf institusi pendidikan KPM yang menerapkan amalan kemampanan
Pemboleh daya :
EI: Pengupayaan pendanaan, kepakaran dan logistik untuk semua prakarsa berkaitan PPM
AKTIVITI UTAMA BAGI INISIATIF DI BAWAH TERAS STRATEGIK 6 :
1.Integrasi Pendidikan untuk Pembangunan Mampan (PPM) dalam kurikulum dan kokurikulum secara langsung dan sisipan
2.Modul kelestarian dan program sokongan TVET berasaskan teknologi hijau, mesra alam dan sumber lestari
3.Pembangunan kompetensi pendidik dan pemimpin pendidikan sebagai peneraju amalan kemampanan
4.Pembangunan platform sehenti untuk perkongsian data dan maklumat berkaitan PPM KPM
5.Program pemantauan dan penilaian serta pengiktirafan amalan kemampanan di institusi pendidikan KPM
6.Makmal Aktif Lestari (MAL) sebagai ruang penyelesaian masalah alam sekitar dan sosioekonomi setempat