Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026 – 2035 :
Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026 – 2035 (atau juga dikenali sebagai Rancangan Pendidikan Negara – RPN) merupakan pelan strategik sepuluh tahun yang telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 Januari 2026 ..
Pelan ini merupakan kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025, dengan matlamat untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi, berdaya tahan, dan mahir dalam teknologi masa hadapan.