Feel free to visit my youtube channel
PENGENALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) selari dengan transformasi Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). PBS bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberikan penekanan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).