Petisyen daripada Rakyat Singapura

Petisyen daripada Rakyat Singapura untuk Sebuah Moratorium atas Hukuman Mati

Tuntutan kami:

  1. Kami merayu kepada Pemerintah Singapura untuk menghentikan semua pelaksanaan hukuman mati dan untuk Kabinet Singapura untuk memulakan sebuah moratorium atas hukuman mati.

  2. Kami mendesak supaya sebuah semakan yang nyata dan bebas dilaksanakan kepada hukuman mati serta kesan-kesannya.

  3. Kami merayu Pemerintah untuk bersikap telus dan bertanggungjawab kepada rakyat tentang cara hukuman mati diguna di Singapura. Utamanya, kami perlu mengetahui tentang maklumat asas, seperti beberapa insan yang telah dihukum mati, serta demografik mereka.

  4. Kami mendesak supaya orang yang dituduh dengan kesalahan kapital serta orang yang disabitkan kesalahan kapital menerima perlindungan prosedur, termasuk

  • hak diwakili peguam dan penterjemah dari permulaan proses investigasi

  • hak yang sesuai kepada orang yang terdedah, seperti orang kurang upaya atau orang muda, selaras dengan amalan terbaik antarabangsa

  1. Kami mendesak supaya orang yang dituduh dengan kesalahan kapital serta orang yang disabitkan kesalahan kapital mempunyai setiap peluang untuk memperjuangkan kes mereka. Ini hanya boleh berlaku dengan jaminan bahawa peguam yang mewakili mereka dan setiap permohonan dilindungi daripada sekatan.

Petisyen sepenuhnya:


Kepada Ahli Menteri Kabinet,


Kami merayu kepadamu untuk menghentikan semua pelaksanaan hukuman mati dan memulakan sebuah moratorium rasmi secepat mungkin. Setakat 5 July 2022, sekurang-kurangnya 63 individu telah dihukum mati. Ramai antara mereka telah menggunakan semua peluang dari segi hak undang-undang yang sedia ada kepada mereka. Kebanyakan antara mereka telah diberi hukuman mati wajib selepas mereka didapati bersalah kerana menyeludup dadah.

Kami sangat berduka kerana pelaksanaan hukuman mati telah bersambung semula pada tahun 2022 selepas perhentian sejenak dua tahun. Kami ingin melindungi nyawa insan-insan yang kini menghadapi hukuman mati.

Ramai individu tersebut telah mengalami kemiskinan, ketagihan dadah, dan kemelaratan. Mereka hidup di pinggir masyarakat dan kebanyakan antara mereka mengambil dadah disebabkan kesulitan yang mereka menghadapi. Lama-kelamaan, mereka mengambil bahagian dalam pengedaran dadah untuk membiayai penggunaan dadah atau untuk meringankan beban kewangan, seperti hutang.

Nazeri bin Lajim telah mengalami ketagihan dadah sejak usia 14 tahun tanpa peluang untuk mendapat rawatan perubatan atau penjagaan yang mencukupi. Dia pernah dipenjara, dilepas dan ditangkap semula, sebelum dia ditahan bawah hukuman mati pada tahun 2012. Cerita hidup Nazeri serupa dengan Abdul Kahar bin Othman, yang digantung pada usia 68 tahun dalam bulan Mac pada tahun 2022. Sekarang, Nazeri yang juga berusia enam-puluhan, telah dihukum mati pada bila-bila masa.

Namun, lain pada mereka terdesak menyeludup dadah sebagai cara mencari nafkah untuk keluarga mereka. Nagaenthran Dharmalingam, yang telah dibunuh pada April 2022, datang dari keluarga yang miskin dan bersetuju mendagang dadah selepas meminta pinjaman duit sebanyak 200 Ringgit Malaysia supaya dia boleh membayar untuk rawatan jantung ayahnya. Dia juga didapati mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang rendah, seperti beberapa banduan yang telah dihukum mati. Pengalaman kehidupan ramai individu di bawah hukuman mati serupa dengan Nazeri dan Nagaenthran. Mereka terdedah kepada kesulitan dan dipaksa menyeludup dadah kerana terdesak dan tidak mempunyai peluang lain untuk hidup.

Kami rasa bahawa pembunuhan insan-insan ini oleh negara kita sangat menjijikkan. Sebaliknya, kami rasa bahawa kita sepatutnya mengakhiri ketidakadilan yang membelenggu kehidupan mereka dan telah menyebabkan kecanggahan mereka dengan undang-undang.

Kita perlu menilai semula pendekatan negara kita kepada dadah secara asas, melalui cara yang terbukti dari segi kesihatan awam dan pengurangan kemudaratan. Jika kita mahu menghalang orang dari menyeludup dadah, kita perlu memastikan bahawa semua mampu mendapat penjagaan kesihatan, penyediaan tempat tinggal, dan boleh memilih untuk mengakses program rehabilitasi yang tidak menganggap pesertanya sebagai penjenayah.

Kami risau kerana keputusan untuk membunuh seorang di bawah hukuman mati sangat bermasalah. Ia tidak adil terhadap orang dengan tahap pendidikan yang rendah, orang yang miskin, atau yang tidak beruntung dari segi lain. Jika seorang dituduh dengan kesalahan kapital, penentuan hukuman dan ajal pembunuhan mereka tergantung kepada nasib mereka.

Pembunuhan hukuman mati tidak boleh diterbalikkan. Sabitan salah berlaku dengan kemungkinan yang lebih tinggi kerana ramai yang telah dituduh tidak diberi hak-hak asas. Ini bermakna bahawa orang yang tidak bersalah mungkin telah dibunuh bawah hukuman mati. Ini telah berlaku beberapa kali pada masa lalu.

Pada tahun 2020, Mahkamah berputus untuk memansuhkan hukuman Gobi Avedian, yang telah dihukum mati, akibat pendaftaran sebuah permohonan tahap lewat (late-stage application). Hari ini, Gobi masih hidup, dan akan pulang kepada keluarganya dalam beberapa tahun. Terdapat individu yang dibebaskan atau diberi hukuman kurang selepas perjuangan mereka dan peguam mereka.

Baru-baru ini, individu yang dihukum mati mendapati bahawa semakin susah untuk mencari peguam yang mahu mewakili mereka, kerana peguam yang mengambil kes hukuman mati menghadapi kemungkinan tangguhan atau kemunduran peribadi.

Pada April 2022, Datchinamurthy a/l Kataiah, diberi pemberitahuan tentang hukuman mati walaupun dia masih melalui perbicaraan di depan mahkamah. Namun, tiada peguam yang mampu mewakilinya untuk memohon penangguhan pembunuhannya. Dia dipaksa menurut pertolongan keluarganya untuk menyediakan dokumen permohonan dan mewakili dirinya sendiri di depan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Tanpa peguam yang sanggup mengambil kes di tahap yang lewat, terjatuh kepada proses belas kasihan (clemency) untuk memastikan bahawa tiada individu yang akan dibunuh oleh hukuman mati. Tiada aplikasi belas kasihan yang berjaya di bawah pemerintahan kini. Aplikasi yang terakhir diterima pada tahun 1998. Ini menimbulkan persoalan tentang nilai proses belas kasihan, dan jikalau proses ini masih berfungsi. Tanpa harapan belas kasihan, insan yang dihukum mati, beserta keluarga mereka tiada pilihan selain berputus asa.

Kami telah saksi bahawa pendapat awam sudah mula bertukar dan bertentang hukuman mati di Singapura. Sejak Oktober 2021, lebih dari seratus ribu orang Singapura telah menandatangani beberapa petisyen dan kenyataan yang memanggil untuk menghentikan dan memansuhkan hukuman mati. Sejak beberapa bulan lepas, sebanyak lima ratus orang telah menandingi dua bantahan di Taman Hong Lim bertentang hukuman mati. Beratus-ratusan surat belas kasihan oleh rakyat Singapura telah diabaikan oleh Presiden dan Perdana Menteri.

Kebanyakan negara di seluruh dunia telah memansuhkan hukuman mati atau memulakan moratorium atas pergunaan hukuman ini. Mereka mengenali bahawa ia adalah cara penderaan yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan tidak berkesan. Terdapat beberapa negara juga yang sudah mula menyahkriminalisasikan dadah dan mengguna cara yang terbukti dari segi kesihatan awam dan pengurangan kemudaratan supaya penggunaan dadah boleh difahami dan dikawal. Kajian telah menunjukkan bahawa negara yang paling selamat di dunia tidak mengekalkan hukuman mati. Namun, di Singapura, pemerintah masih menegaskan kepentingan hukuman mati sebagai penghalang dadah dan bunuhan tanpa bukti.

Hukuman mati tidak patut mempunyai peranan dalam sebuah masyarakat yang penyayang dan adil, iaitu masyarakat yang kebanyakan rakyat Singapura bercita-cita. Kami tidak terima pembunuhan manusia atas nama kami, dan teguh percaya bahawa hukuman mati mesti dimansuhkan sepantas mungkin.