Topik: Kata Adjektif
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat:
Menyatakan maksud kata adjektif dengan betul.
Mengenal pasti sembilan jenis kata adjektif melalui bahan digital.
Membina sekurang-kurangnya tiga ayat lengkap menggunakan kata adjektif yang sesuai mengikut konteks.
Pengetahuan Kandungan:
Maksud kata adjektif
Jenis-jenis kata adjektif: sifat, warna, pancaindera, jarak, perasaan, cara, bentuk, waktu dan ukuran
Penggunaan kata adjektif dalam pembinaan ayat
Kaedah/Strategi Pengajaran:
🔹 Pembelajaran Inkuiri Terbimbing :
 murid meneroka melalui video dan tugasan digital
🔹 Pembelajaran Koperatif : murid bekerjasama menyenaraikan dan mengklasifikasi kata adjektif
🔹 Pembelajaran Kontekstual : penggunaan contoh situasi harian yang dekat dengan dunia murid
Kesesuaian kepada murid:
Kaedah visual dan interaktif menarik minat murid
Elemen permainan dan kolaboratif menggalakkan penglibatan aktif
Aktiviti berpusatkan murid selaras dengan tahap perkembangan kognitif mereka
Alat dan aplikasi yang digunakan:
Google Site – platform laman web utama
YouTube – untuk video rangsangan
Canva – infografik dan nota interaktif
Quizizz – kuiz dalam talian untuk penilaian formatif
Padlet – perkongsian jawapan murid secara interaktif
Google Docs/Slides – bahan tambahan atau nota yang boleh dimuat turun
Guru menyampaikan isi dengan pendekatan koperatif (berbincang, membina ayat) sesuai dengan tahap murid.Â
Video YouTube dan Canva digunakan untuk menjelaskan jenis kata adjektif dengan lebih jelas dan menarik.Â
Kuiz dalam Quizizz dan Padlet menyokong kaedah pembelajaran interaktif dan berpusatkan murid.Â
Semua elemen digabungkan dalam laman web: kandungan (nota + video), pedagogi (aktiviti), dan teknologi (kuiz + bahan digital) untuk pembelajaran bermakna.Â