SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Berikut merupakan syarat-syarat pertandingan yang perlu peserta patuhi:

  • Hanya SATU (1) projek sahaja yang akan mewakili setiap kolej yang menyertai.

  • Setiap projek dihasilkan dalam bentuk video dan laporan.

  • Setiap kumpulan yang terdiri daripada 4 orang pelajar dan 1 orang pensyarah pembimbing hanya menghantar SATU (1) projek sahaja.

  • Projek hendaklah menggunakan Bahasa lnggeris sahaja.

  • Setiap projek akan diberikan satu tema/ senario iaitu Health And Hygiene , Cosmetic , Engineering , Climate dan Food melalui proses undian pada 9 Mac 2022 ( Jam 10.00 pagi ).

  • Projek yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah karya asli dan kreatif yang diambil sendiri oleh peserta dan tidak melanggar hak-hak pihak ketiga (termasuk hak cipta). Jika ada sebarang unsur penipuan atau plagiarisme penyertaan akan dibatalkan serta merta.

  • Kegagalan mematuhi syarat pertandingan akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.

  • Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta bersetuju untuk memberi hak milik video dan laporan yang dipertandingkan kepada BMKPM dan berhak menggunakan video dan laporan tersebut untuk tujuan promosi di media cetak/elektronik dan media sosial BMKPM.

PENDAFTARAN & PENGHANTARAN PROJEK (VIDEO DAN LAPORAN)

Pendaftaran Peserta Pertandingan (STEMEXP 2022)

    • Pensyarah pembimbing dan peserta perlu mendaftar di pautan Google Sheet di bawah menggunakan email @moe-dl.edu.my. Sila pastikan maklumat diisi dengan lengkap dan betul.

    • Tarikh pendaftaran :

9 MAC 2022 (Rabu)


CATATAN :

Taklimat pertandingan dengan peserta adalah pada 9 Mac 2022 jam 10.00 pagi. Diminta peserta dan pensyarah pembimbing bersedia dengan pautan Google Meet yang akan diberi melalui platform Telegram


Borang Penghantaran Video dan Laporan Akhir (STEMEXP 2022)

    • Borang Penghantaran Video dan Laporan Akhir perlu diisi oleh pensyarah pembimbing.

    • Tempoh penyediaan bahan pertandingan :

10 MAC - 22 MAC 2022

  • Tarikh akhir penghantaran bahan pertandingan :

23 MAC 2022


CATATAN :

Peserta perlu memuat naik video yang dihasilkan di Youtube Channel masing-masing dengan menggunakan thumbnail yang disediakan oleh urusetia (Rujuk di bahagian PANDUAN PENULISAN PELAPORAN PROJEK & PENGHASILAN VIDEO). Pautan video tersebut perlu disertakan ketika pensyarah pembimbing mengisi Borang Penghantaran Video dan Laporan Akhir (STEMEXP 2022).

  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami semasa menyertai pertandingan ini.

  • Dengan menyertai pertandingan ini, semua peserta adalah tertakluk di bawah syarat dan terma pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak JK Pertandingan STEMEXP 2022.

  • Dengan penyerahan hasil projek kepada BMKPM secara automatik, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga atau apa-apa undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.

  • Pihak penganjur mempunyai kuasa mutlak dan berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa sekiranya difikirkan patut dan perlu.

  • Pihak penganjur berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa.