PANDUAN PENULISAN PELAPORAN PROJEK &

PENGHASILAN VIDEO

Peserta perlu memastikan bahawa penulisan pelaporan projek dan penghasilan video mengikut panduan dan format yang dinyatakan.

Penulisan Pelaporan Projek

Format Penulisan Pelaporan Projek adalah seperti di bawah:

  • Medium Bahasa: Bahasa Inggeris

  • Font Arial

  • Tajuk ditulis dengan font bersaiz 20 pt, bold, tengah

  • Nama pelajar dan penasihat ditulis dengan font 14 pt, tengah

  • Tajuk utama : 14 pt, bold, sebelah kiri

  • Subtajuk utama : 12 pt, bold, sebelah kiri

  • Gunakan selang 1.5

  • Rajah dan jadual perlu dilabel dan dinomborkan dengan betul.

  • Laras bahasa dan format penulisan perlu disunting dan disemak sebelum penghantaran laporan dibuat.

Penghasilan Video

Format Penghasilan Video adalah seperti di bawah:

  • Video yang dihasilkan berdurasi 5 minit.

  • Medium Bahasa: Bahasa Inggeris

  • Video yang disertakan mestilah dalam format mp4.

  • Tidak meletakkan nama dan logo kolej secara verbal atau visual di dalam video.

  • Video yang dimuatnaik tidak boleh mengandungi sebarang elemen atau unsur-unsur negatif dan menyalahi undang-undang serta tidak menyentuh sensitiviti agama dan kaum serta mematuhi operasi standard MKN semasa.

  • Peserta digalakkan menggunakan skor muzik asal atau bebas hak cipta. Jika mengguna pakai trek muzik komersial atau hak milik orang lain, peserta perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada pihak berkenaan.

  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan akibat perlanggaran hasil hak cipta.


CATATAN :

Peserta perlu memuat naik video yang dihasilkan di Youtube Channel masing-masing dengan menggunakan thumbnail di bawah. Permulaan video juga perlu menyatakan butiran kumpulan seperti nama kumpulan, kolej dan lain-lain dengan menggunakan latarbelakang yang selaras seperti di bawah..

Pautan video tersebut perlu disertakan ketika pensyarah pembimbing mengisi Borang Penghantaran Video dan Laporan Akhir (STEMEXP 2022)-Rujuk di bahagian SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


YOUTUBE THUMBNAIL STEMEXP 2022

LATAR BELAKANG BUTIRAN KUMPULAN STEMEXP 2022

Setiap kumpulan perlu meletakkan:

Sub-tema

Problem

Nama Kolej

Nama dan gambar pensyarah pembimbing dan peserta

  • Perkara yang sama juga perlu ditulis dalam DESCRIPTION Youtube masing-masing.

  • Tajuk video projek dinamakan seperti berikut:

STEMEXP2022 | Tajuk Projek Anda


VIDEO TUTORIAL PENYERAGAMAN VIDEO PROJEK STEMEXP 2022