PENGENALAN

Pertandingan STEMEXP 2022 adalah satu pertandingan yang untuk mengumpulkan hasil inovasi home-based experiment pelajar-pelajar bidang STEM dalam Program Matrikulasi KPM Malaysia. Tujuan asal pertandingan ini adalah sebagai medium untuk pelajar terlibat dalam pertandingan home-based experiments secara dalam talian dan dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran dan pengalaman pembelajaran di luar kelas formal.


Program STEMEXP 2022 ini berupaya meningkatkan kemahiran dan pengalaman pelajar dalam mengaplikasi konsep STEM secara real-based context, kemahiran saintifik dan inquiry-based learning, kemahiran kritikal, komunikasi, kreativiti dan innovatif serta kemahiran pendidikan digital. Pemantapan kemahiran-kemahiran ini adalah penting dalam menyediakan pelajar-pelajar terlibat sebelum melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dasar di peringkat universiti kelak.


OBJEKTIF

  1. Mencungkil bakat pelajar di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM)

  2. Memperkembangkan potensi dan kemahiran saintifik pelajar dalam membuat kajian terkini.

  3. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek.

  4. Mengembangkan kebolehan dan penciptaan pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik ke platform yang lebih tinggi.

JAWATANKUASA INDUK

JAWATANKUASA PELAKSANA

MAKLUMAT PROGRAM