PENGENALAN : Ajaran Taslim atau Ajaran Haji Ahmad/Muhammad Matahari didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran tersebut dan orang Islam yang menggamalkannya boleh dikenakan undang-undang.
(i) Menyerah diri, anak, isteri dan harta kepada Rasulnya atau penggantinya yang berada di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang;
(ii) Tidak perlu sembahyang kerana Allah akan bersama-sama / berserta tubuh badan kita, iaitu apabila mngucap;
(iii) Menolak lapan buah hadis mengenai perkara Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w. iaitu mengenai pensyariatan atau kewajipan menunaikan solat lima waktu dan menggangap hadith tersebut adalah bohong dan rekaan sahaja;
(iv) Islamnya seseorang itu hanya sah apabila dia berjumpa dengan Rasul di Kampung Seronok;
(v) Menggagap dirinya (Haji Ahmad Matahari atau Haji Muhammad Syafie) sebagai pengganti Rasulullah s.a.w setelah baginda wafat;
(vi) Menggangap Kitab Al-Quran adalah karangan manusia dan mushaf yang sebenar dan asli hanya dimiliki oleh Rasul di Pulau Pinang;
(vii) Beranggapan bahawa hari Jumaat merupakan hari pertemuan Nabi Adam dan Hawa yakni waktu berjimak pada waktu Zohor;
(viii) Melakukan upacara ratib;
(ix) Menunaikan haji hanyalah cukup atau sekadar dengan mendaki Bukit Payong di Byan Lepas, Pulau Pinang;
(x) Bernikah secara batin;
(xi) Beriktikad bahawa dalam diri manusia mempunyai 2 perkara iaitu diri batin dan diri zahir;
(xii) Percaya bahawa ala mini bersifat qadim dan bukannya baru;
(xiii) Ayat-ayat Al-Quran ditafsirkan mengikut nafsu dirinya sendiri;
(xiv) Menolak beberapa perkara ghaib seperti wujudnya syurga, neraka dan hari kiamat;
(xv) Sembahyang dilakukan secara niat dan tidak perlu kepada perbuatan dan bacaan (fe’li dan qauli)
(xvi) Menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum; dan
(xvii) Mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
Ajaran yang menyalahi ajaran akidah Islam merupakan kategori kufur yang keji dan membabitkan hukuman serta implikasi yang amat berat, dalilnya sebagaimana yang dinyatakan Al-Quran
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) daripada agamanya (Agama Islam) lalu ia mati sedangkan dalam keadaan kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah segala amal usahanya (yang baik) didunia dan akhirat. Mereka itulah ahli neraka dan kekal didalamnya (selama-lamanya) (surah Al-Baqarah 2: 217)
Dalil daripada hadis Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Said bin Aslam r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dipancung lehernya “ (al-Muatta).
Allah berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا . أُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ حَقًّا وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا"
Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)”, serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan" (QS al-Nisa’ [4]: 150-151)