Beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.
Beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai.
Beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa (kekal).
Beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansuhkan semua kitab samawi.
Beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib.
Mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut.
Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka.
Memansuhkan agama Islam.
Menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru.
Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atay diganti dengan bacaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali.
Menghapuskan jihad.
SEBELUM kedatangan risalah Islam, manusia berada dalam kesesatan akidah dan cara hidup yang menyeleweng sebagaimana dijelaskan di dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 164 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul daripada bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (daripada iktiqad yang sesat) serta mengajar mereka Kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
لَقَدْ مَنَّ اللّٰهُ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ اِذْ بَعَثَ فِيْهِمْ رَسُوْلًا مِّنْ اَنْفُسِهِمْ يَتْلُوْا عَلَيْهِمْ اٰيٰتِهٖ وَيُزَكِّيْهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَۚ وَاِنْ كَانُوْا مِنْ قَبْلُ لَفِيْ ضَلٰلٍ مُّبِيْنٍ
Terjemahan
Sungguh, Allah telah memberi karunia kepada orang-orang beriman ketika (Allah) mengutus seorang Rasul (Muhammad) di tengah-tengah mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menyucikan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Kitab (Al-Qur'an) dan Hikmah (Sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata