Modul 6 bertajuk Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) terbahagi kepada dua (2) submodul iaitu:
TERAS - Merungkai Standard (PdP - KmR); dan
SOKONGAN - Pengajaran Inovatif (KmR - PBL).
Submodul 6.1: membangunkan kapasiti pedagogi guru mengenai kemahiran merungkai standard dalam merancang pembelajaran bermakna. Penjelasan dan pendedahan tentang Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) - Backward Design membantu guru:
merancang kurikulum;
membuat pentaksiran bilik darjah (PBD); dan
mengenal pasti pedagogi yang sesuai serta relevan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman pembelajaran modular yang merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Penyediaan pelan perancangan pengajaran melalui KmR ini pula dapat membantu guru memantapkan amalan PdP bermakna melalui pentaksiran yang terancang.
Submodul ini akan memfokuskan pada proses merungkai DSKP yang melibatkan beberapa mata pelajaran secara interdisiplinari. Proses ini memerlukan guru mengenal pasti:
Standard Kandungan (SK);
Standard Pembelajaran (SP); dan
Standard Prestasi (TP) untuk menghasilkan idea utama.
PdP KmR menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek ini bertujuan untuk mentaksir kompetensi global murid dalam pembelajaran bermakna yang mana murid boleh berkolaboratif, berkomunikasi, mempunyai karakter, bersifat kewarganegaraan, berfikir secara kritis dan kreatif.
Pentaksiran yang berterusan merupakan satu proses melahirkan murid yang boleh berfikir secara KBAT melalui soalan pencetus idea yang dirancang oleh guru bagi SK dan SP dalam DSKP. Apa yang murid perlu tahu dan lakukan berdasarkan apa yang telah dipelajari merupakan komponen penting dalam kehidupan mereka yang autentik. Modul ini adalah sangat relevan dengan pandemik semasa yang memfokuskan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) .
Submodul 6.2: merupakan lanjutan daripada Submodul 6.1. Submodul ini memberi fokus kepada merancang PdP secara inovatif berpandukan pelan pembelajaran berasaskan projek atau Project Based Learning (PBL). Submodul ini bermula dengan penerangan tentang beberapa konsep seperti:
PBL;
Kompetensi pembelajaran bermakna (6C);
Pendekatan interdisiplin;
Kerangka KmR-PBL; dan
Kitaran PBL.
Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran peserta kursus tentang kekuatan pendekatan PdP-PBL dalam membentuk atribut murid seiring dengan ciri-ciri murid abad 21. Pembinaan tugasan yang berciri autentik berpandukan prinsip G.R.A.S.P.S dapat mencipta ruang dan peluang untuk murid menghasilkan produk serta persembahan secara kolaboratif dengan mengaplikasi kompetensi pembelajaran bermakna (6C).
Pengurusan projek juga diberi fokus di dalam submodul ini supaya tugasan projek dapat memberi makna kepada murid dan menepati tujuan pendidikan. Dua aspek pengurusan projek iaitu merancang garis masa pelaksanaan projek dan perkongsian hasil projek (showcasing) dibincangkan. Kedua-dua aspek ini penting bagi memastikan murid mendapat maklum balas berterusan tentang perkembangan dan hasil projek mereka disamping dapat mencipta ruang untuk suara murid dalam memberi cadangan dan membuat pilihan. Manakala perkongsian hasil projek bersama rakan pembelajaran pula dapat meningkat keyakinan diri murid dan memupuk nilai-nilai pendidikan yang diaspirasikan.
Pelan pembelajaran berasaskan projek (PBL) dan contoh-contoh aktiviti di dalam submodul ini diubah suai selaras dengan situasi semasa di mana guru akan menggunakan pendekatan PdPR.
BAHAN KURSUS
PENERANGAN VIDEO MODUL 6.1 - PART 1
PENERANGAN VIDEO MODUL 6.1 - PART 2
PENERANGAN VIDEO MODUL 6.1 - PART 3
PENERANGAN VIDEO MODUL 6.2 - PART 1