Modul 3 ini memberi penekanan kepada elemen-elemen penting berkaitan dengan pedagogi guru yang menjana kemenjadian murid iaitu amalan dan pendekatan pedagogi abad ke-21 (PAK-21), penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi, menggunakan pelbagai gaya pembelajaran, mengaplikasikan pentaksiran berterusan dan penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ke arah pembelajaran berkesan. Oleh demikian, Modul 3 ini terbahagi kepada tujuh (7) submodul seperti berikut:
3.1 - Guru Sebagai Perancang;
3.2 - Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2);
3.3 - Eksplorasi Alatan Dalam Talian;
3.4 - Objektif Pembelajaran (OP) dan Kriteria Kejayaan (KK);
3.5 - Pelbagai Gaya Pembelajaran;
3.6 - Pentaksiran dan KBAT; dan
3.7 - Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
Modul ini menerangkan tentang bagaimana untuk memetakan antara Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) dengan PAK-21 dan ini menunjukkan bahawa Program Transformasi Sekolah adalah relevan dengan apa yang sedia ada di sekolah. Anda dilatih untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian yang berkesan dengan mengambil kira semua elemen tersebut dan seterusnya meransang transformasi sekolah melalui peningkatan profesionalisme guru dan pembelajaran murid.
Dalam Modul 2 yang lalu, anda diberi penekanan kepada pembinaan keupayaan dan kapasiti pemimpin sekolah untuk mengupayakan pemimpin pertengahan dalam menggerakkan Program TS25 masing-masing. Kemahiran menganalisis dan mengintepretasi data dimantapkan dalam modul ini agar berupaya memacu perubahan dan menilai tindakan penambahbaikan di sekolah. Dalam masa yang sama adalah diharapkan komuniti pembelajaran profesional dilaksanakan dalam kalangan warga sekolah.
Setelah mendapat input tentang kepimpinan dan pengurusan sekolah di dalam Modul 1 dan 2, anda akan dipersiapkan untuk berhadapan dengan murid di dalam bilik darjah ketika mengikuti Modul 3 ini. Adalah diharapkan ia dapat membantu anda mempersiapkan sekolah masing-masing untuk membudayakan apa yang dihasratkan dalam Program TS25 ni.
BAHAN
Modul 3 - Overview
01 Modul 3.1 - Guru Sebagai Perancang
Sub Modul 3.1 - Video Nicol David
3.1 Toolkit 3.1.1 - Guru sebagai perancang
02 Modul 3.2.3 - PAK21 dan SKPMg2
3.3 Aktiviti Eksplorasi Alatan dalam Talian
3.3.1 - Eksplorasi Alatan dalam Talian - Blendspace
3.3.2 - Eksplorasi Alatan dalam Talian - Padlet
3.3.3 - Eksplorasi Alatan dalam Talian - Quizizz
3.4 - Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
3.5 Pelbagai Gaya Pembelajaran