PENGURUSAN KURIKULUM
Pengenalan :
Kurikulum SMDONG bertujuan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berteraskan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Selaras dengan itu, FPK telah dijadikan garis panduan untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran di SMDONG.
Diharap agar maklumat ini dapat memberikan serba sedikit penerangan dan panduan mengenai Unit Kurikulum SMDONGi.
Visi : “ Pendidikan Cemerlang “
Misi : Melaksanakan pendidikan berkualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia.
Matlamat : Berusaha melaksanakan FPK dalam kelas untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera melalui proses pendidikan KSSM.
Objektif :
i. Merancang dan menyelaras semua aktiviti sekolah
ii. Mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang kelemahan dan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran
iii. Menjalankan pelbagai alternatif bagi menyelesaikan masalah pencapaian murid
Tugas dan Fungsi:
i. Bertanggungjawab merancang dan menyelaras aktiviti kurikulum sekolah
ii. Membincangkan kelemahan dan kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran
iii. Menganalisis prestasi pencapaian murid bagi semua mata pelajaran
iv. Menganalisis setiap kelemahan murid bagi semua mata pelajaran
v. Mengadakan program khusus bagi murid-murid yang lemah dan cemerlang dalam pencapaian akademiknya
vi. Memastikan semua panitia mata pelajaran berfungsi dan bergerak
vii. Sebagai tempat rujukan segala maklumat yang berkaitan dengan kurikulum sekolah
Prosedur Pengurusan :
i. Mengadakan mesyuarat AJK induk sekurang-kurangnya 4 kali setahun
ii. Membuat panggilan mesyuarat kepada semua AJK sebelum mengadakan mesyuarat
iii. Menyiapkan minit mesyuarat selepas seminggu mesyuarat diadakan
iv. Mengedarkan minit mesyuarat kepada semua guru
v. Menyerahkan minit mesyuarat ke pejabat untuk fail sekolah