TEL: 011-65733932 EMAIL: dea3427@moe.edu.my
MENU
LAGU SEKOLAH
SEJARAH SMK KEDONDONG
Sebelum sekolah ini dibuka, para ibu bapa di Kampung Kedondong dan kampung-kampung sekitar seperti Kampung Pangkal Danan, Pangkal Kala, Apa-apa, Penggu dan Kubang Batang menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Menengah Bunut Susu, Sekolah Menengah Meranti atau sekolah-sekolah menengah di Pasir Mas untuk meneruskan pengajian ke peringkat menengah
Sekolah-sekolah tersebut letaknya tidak kurang daripada 5 atau 8 kilometer dari kampung para pelajar. Oleh hal yang demikian, masalah pengangkutan pelajar adalah lemah, lebih-lebih lagi dengan ketiadaan kemudahan pengangkutan awam yang menghubungkan kampung-kampung.
Masa berlalu, zaman berubah. Atas rayuan dan desakan para penduduk, dengan sikap prihatin dan sokongan para pemimpin politik dan kerajaan, sebuah sekolah telah dibina di atas kawasan seluas 22 ekar, di Kampung Kedondong. Justeru, sekolah tersebut diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kedondong (SMKKd).
Sekolah Menengah Kebangsaan Kedondong mula beroperasi pada 01 Disember 1992. Tuan Haji Abdullah bin Hussain telah dilantik sebagai Pengetua yang pertama bersama-sama dengan 12 orang guru dan 5 orang kakitangan sekolah. Sekolah ini telah memulakan sesi dengan murid-murid seramai 24 orang dari Tingkatan 2 dan 114 orang dari Tingkatan 1.
LOKASI
PAUTAN UTAMA