MATLAMAT
Melahirkan generasi yang seimbang, sihat, cerdas, berdaya tahan, berdaya saing, berakhlak dan berketrampilan dengan tumpuan kepada mencungkil, memupuk, mengembang dan memantapkan minat, serta bakat yang ada pada setiap individu bagi mengukuhkan aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.
OBJEKTIF
Memberi peluang seluas-luasnya kepada penglibatan pelajar supaya mereka memperolehi pengetahuan dan penglaman.
Menggunakan dan menggalakkan penyertaan aktif dan bersungguh - sungguh untuk membentuk sifat tanggungiawab, rajin berusaha dan perasaan bangga atas kejayaan diri dan sekolah.
Menggunakan Kokurikulum untuk menyokong pembelajaran ,membina perasaan yakin diri dan watak mulia serta membolehkan hubungan dua hala di antara persekolahan pelajar dengan masyarakat sekitar.
Membina imej sekolah sebagai sekolah berwatak melalui kejayaan Kokurikulum yang cemerlang.
STRATEGI
Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaanya.
Memberi wajaran yang sesuai kepada Kokurikulum supaya Kurikulum dan Kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.
Merekod dan menilai kemajuan aktiviti Kokurikulum yang dijalankan.
Menganjur semua pertandingan yang melibatkan semua murid.
Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan.
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua dari semasa ke semasa.
EN. JULIETINE HALIM ENTOI
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Kokurikulum Penjana Generasi Terbilang
Membangunkan Potensi Individu Melalui Kokurikulum Berkualiti