Laman Yang berkaitan:
PERKARA 1: NAMA
Peraturan ini dinamakan sebagai Peraturan-Peraturan Sekolah dan Peraturan Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Julau yang selepas ini disebut sebagai Peraturan Sekolah dan Peraturan Asrama.
PERKARA 2: TUJUAN
Peraturan ini bertujuan untuk mewujudkan murid yang berdisiplin tinggi, bertanggungjawab dan bersyukur. Dengan disiplin yang tinggi, seseorang murid dapat menentukan kejayaan mereka dan ibu bapa mereka, bertanggungjawab terhadap masa hadapan mereka, bersyukur kepada pihak-pihak yang membantu mereka berjaya seperti ibu bapa, guru-guru, rakan sebaya, masyarakat dan negara.
PERKARA 3: TARIKH KUATKUASA
Peraturan ini dikuatkuasakan pada 01 Januari 2019.
PERKARA 4: PEMAKAIANNYA
Peraturan ini terpakai kepada semua pelajar yang berdaftar sebagai pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Julau, 96600 Julau sahaja.
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JULAU
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/2001:
Pemantapan Pengurusan Di Sekolah
PERKARA 5: ISTILAH
5.1 "Sekolah" bermaksud Sekolah Menengah Kebangsaan Julau.
5.2 "Murid" bermaksud semua murid yang sedang belajar di sekolah.
5.3 "Ketua Darjah / Kelas" bermaksud seorang murid yang dilantik dan ditugaskan untuk membantu Guru Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran.
5.4 "Pengawas" bermaksud murid-murid yang dilantik oleh Pengetua dan ditugaskan untuk membantu pihak sekolah dalam pengurusan sekolah.
5.5 "Guru" bermaksud seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang sedang mengajar di sekolah.
5.6 "Guru Mata Pelajaran" bermaksud seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan Sarawak untuk mengajar sesuatu mata pelajaran.
5.7 "Warden" bermaksud guru yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan Sarawak untuk menjalankan tugas warden.
5.8 "Guru Tingkatan" bermaksud guru yang dilantik oleh Pengetua dan bertanggungjawab terhadap murid dan premis sesuatu kelas.
5.9 "Guru Kanan" bermaksud seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan Sarawak untuk menjalankan tugas sesuatu bidang yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.10 "Penolong Kanan" bermaksud seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan Sarawak untuk menjalankan tugas sesuatu bidang yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.11 "Pengetua" bermaksud seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan Sarawak untuk mengurus dan mentadbir sesebuah sekolah.
5.12 "Program Akademik" bermaksud semua program yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan sekolah [termasuk mana-mana agensi yang dibenarkan oleh pihak Jabatan Pendidikan dan sekolah] yang bertujuan membangun potensi seseorang murid sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5.13 "Program Bukan Akademik" bermaksud semua program yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Sarawak dan sekolah [termasuk mana-mana agensi yang dipersetujui oleh pihak Jabatan Pendidikan dan sekolah] yang bertujuan membangun sahsiah dan fizikal murid sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5.14 "Kawasan Larangan" bermaksud semua premis dan kawasan sekolah yang telah ditetapkan [sebagai "Kawasan Larangan”] oleh pentadbiran sekolah.
5.15 "Barang-barang Larangan" bermaksud apa-apa sahaja barang yang dapat mendatangkan kemudaratan kepada warga sekolah.
5.16 "Sikap" bermaksud penampilan, tutur kata dan kelakuan seseorang murid.
5.17 “Jawatankuasa Disiplin" bermaksud sebuah jawatankuasa yang dibentuk untuk merunding dan memutuskan tindakan terhadap sesuatu pelanggaran disiplin merunding dan memutuskan tindakan terhadap sesuatu pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid.
5.18 "Jenayah" bermaksud semua salah laku yang melanggar Kanun Acara Jenayah, Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Merbahaya 1952.
5.19 "Akta" bermaksud Akta Pendidikan 1996 atau Akta 550.
5.20 "Premis Sekolah" bermaksud semua bangunan dan kawasan sekolah.
PERKARA 6 : PELAJARAN
6.1 Kemajuan pelajaran seseorang murid adalah di bawah perhatian Guru Mata Pelajaran, Guru Tingkatan, Guru Kanan, Penolong Kanan dan Pengetua.
6.2 Seseorang murid yang didapati tidak mengambil berat tentang pelajarannya akan dirujuk kepada Guru Mata Pelajaran, Guru Bimbingan Dan Kaunseling, Guru Kanan, Penolong Kanan atau Pengetua.
PERKARA 7 : MASA PERSEKOLAHAN
7.1 Waktu Persekolahan
7.1.1 Waktu Mengambil Kedatangan Murid
a. Isnin — Jumaat (Sabtu jika bersekolah) : 06:30 pagi hingga 06:45 pagi.
7.1.2 Waktu PdPc
a. Isnin – Khamis : 07:00 pagi hingga 02:00 petang
(Waktu Rehat : 10:30 pagi hingga 11.00 pagi)
b. Jumaat : 07:00 pagi hingga 12.00 tengah hari
(Waktu Rehat : 10:30 pagi hingga 11.00 pagi)
7.1.3 Murid yang masuk kelas melewati pukul 06:45 pagi akan dianggap datang lewat.
7.1.4 Murid wajib berada di sekolah sebelum atau pada pukul 06.30 pagi, sekiranya lewat tindakan
disiplin akan diambil
7.1.5 Sekiranya lewat sampai ke sekolah, terus ke tapak perhimpunan, JANGAN ke kelas untuk
memyimpan beg sekolah
7.2 Jadual Waktu
7.2.1 Jadual Waktu disediakan oleh pihak sekolah dan akan dimaklumkan kepada semua murid.
7.2.2 Semua murid hendaklah menghadiri semua kelas mengikut jadual waktu yang telah disediakan.
7.2.3 Semua murid wajib menghadiri perhimpunan di tapak perhimpunan sekolah dan dikehendaki berbaris di depan tapak perhimpunan sepuluh [10] minit sebelum perhimpunan bermula seperti yang tercatat dalam jadual waktu.
7.3 Kehadiran dan Keberadaan Dalam Kawasan Sekolah dan Kelas
7.3.1 Kehadiran adalah wajib pada tiap-tiap hari persekolahan termasuk jika berkenaan persekolahan pada hari Sabtu sebagai hari persekolahan gantian.
7.3.2 Seseorang murid yang tidak hadir ke sekolah atas sebab sakit hendaklah mengemukakan surat rasmi daripada ibu bapa atau surat doktor dan atas sebab-sebab lain, ibu bapa dikehendaki menghubungi pihak sekolah.
7.3.3 Seseorang murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab akan diambil tindakan berdasarkan Tatacara Pengurusan Disiplin Pelajar dan Pengurusan Ponteng Sekolah / Kelas.
7.3.4 Mana-mana murid tidak dibenarkan keluar dari kelas atau kawasan sekolah dalam tempoh waktu pembelajaran dan pengajaran.
7.3.5 Murid yang perlu keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak pentadbir sekolah.
7.3.6 Murid yang perlu keluar dari kelas pada masa pembelajaran dan pengajaran perlu mendapat kebenaran daripada guru mata pelajaran dengan menggunakan “PAS KEBENARAN KELUAR KELAS”. Hanya seorang murid lelaki atau 2 orang murid perempuan dibenarkan keluar pada satu-satu masa.
7.3.7 Mana-mana murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas lebih awal seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu.
7.3.8 Pelajar harian / asrama sekiranya SAKIT, laporkan diri anda kepada PK HEM sebelum 8.00 pagi, selepas itu kes sakit tidak dilayan ( kecuali KECEMASAN ).
7.3.9 Kebenaran balik ke rumah / asrama: Kebenaran diminta dengan Pengetua SAHAJA, sekiranya pelajar balik tanpa kebenaran maka akan dirotan dan gantung asrama / persekolahan @ buang asrama.
7.3.10 Pas kebenaran WAJIB digunakan semasa keluar dari kelas. Kalau pelajar GAGAL mempamerkan pas kebenaran akan dirotan dan kesalahan yang kerap akan digantung asrama / persekolahan.
· Sekiranya guru mata pelajaran tidak bawa, minta memo bertulis daripada guru dan pastikan nama dicatat dalam buku kawalan kelas
· Pelajar TIDAK boleh bergerak dalam kumpulan setiap kali pertukaran waktu. Kalau ada pelajar berbuat demikian, maka akan dirotan dan kesalahan yang kerap akan digantung asrama / persekolahan.
· Waktu pertama, kelima, keenam dan kesembilan; TIDAK ada pelajar boleh keluar dari kelas, Ketua Kelas @ Penolong Ketua Kelas WAJIB menulis nama mereka yang INGKAR arahan, sekiranya Ketua Kelas @ Penolong Ketua Kelas tidak memainkan peranan maka jawatan meraka akan dilucutkan dengan serta merta dan dirotan
· Pelajar perempuan TIDAK boleh boleh pergi ke tandas lebih daripada 2 orang pada satu masa yang sama.
· Pelajar lelaki hanya dibenarkan pergi ke tandas seorang diri sahaja.
· Waktu rehat;pelajar TIDAK dibenarkan balik ke rumah untuk tujuan makan.
· Ketua kelas @ Penolong Ketua Kelas @ Pengawas dalam sesuatu kelas memainkan peranan untuk mencatat segala masalah yang dihadapi oleh para pelajar kelas masing-masing. ( JANGAN cuba untuk membantu rakan, sekiranya didapati anda membantu rakan maka tindakan disiplin akan diambil sehingga gantung persekolahan/asrama; jadi apa-apa masalah terus laporkan kepada guru disiplin ).
PERKARA 8 : PEPERIKSAAN
8.1 Kehadiran dalam ujian / peperiksaan / pentaksiran adalah wajib mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh sekolah melainkan syarat-syarat yang dikeluarkan oleh sekolah dari semasa ke semasa.
8.2 Setiap ujian / peperiksaan / pentaksiran hendaklah diduduki tanpa wujudnya sebarang perbuatan penipuan/ penyelewengan.
8.3 Mana-mana murid yang melakukan penipuan / penyelewengan dalam ujian / peperiksaan / pentaksiran akan diambil tindakan yang sewajarnya.
8.4 Murid yang rnenduduki peperiksaan awam adalah tertakluk kepada peraturan-peraturannya.
8.5 Pemalsuan tandatangan atau markah dalam buku laporan akademik / slip keputusan peperiksaan dengan niat untuk menipu ibu bapa / penjaga akan diambil tindakan disiplin yang sewajarnya.
8.6 Setiap murid mesti memiliki buku laporan akademik dan hendaklah menyerahkan kepada guru tingkatan apabila diminta untuk dikemaskini.
8.7 lbu bapa mestilah menandatangani buku laporan akademik / slip keputusan peperiksaan murid sebaik sahaja diserahkan kepada murid pada setiap kali selepas ujian/peperiksaan/pentaksiran.
PERKARA 9 : PROGRAM AKADEMIK
9.1 Setiap murid, apabila dikehendaki, wajib hadir dan melibatkan diri dalam sebarang program akademik yang dilaksanakan di sekolah.
PERKARA 10 : PROGRAM BUKAN AKADEMIK
10.1 Setiap murid, apabila dikehendaki, wajib hadir dan melibatkan diri dalam sebarang program bukan akademik yang dilaksanakan di sekolah.
PERKARA 11 : KOKURIKULUM
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.24/1998
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.01/1995 (Keselamatan)
11.1 Semua murid wajib melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum beruniform, sukan dan persatuan / kelab mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
11.2. Kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib.
11.3. Laporan tentang aktiviti akan dicatat ke dalam Kad Kokurikulum Pelajar.
PERKARA 12 : BILIK DARJAH
12.1 Keutamaan penggunaan bilik darjah adalah untuk tujuan;
12.1.1 Pembelajaran dan pengajaran termasuk kelas tuisyen dan hal berkaitan akademik
12.1.2 Aktiviti kokurikulum
12.1.3 Sesi belajar sendiri
12.1.4 Lain-lain aktiviti yang dibenarkan oleh Pengetua
12.2 Kerusi dan meja hendaklah disusun kemas dan teratur seperti ditetapkan.
12.3 Tempat duduk seseorang murid adalah ditetapkan, melainkan mendapat kebenaran daripada guru untuk bertukar tempat duduk.
12.4 Keselamatan dan kebersihan kerusi meja, serta peralatan lain, adalah tanggungjawab setiap murid.
12.5 Gambar-gambar dan bahan-bahan yang dipamerkan dalam bilik darjah hendaklah bercirikan pendidikan dan telah mendapat persetujuan dari guru berkenaan.
12.6 Kebersihan kelas dan persekitarannya - termasuk setiap peralatan di dalam kelas adalah tanggungjawab setiap murid.
12.7 Lampu dan kipas yang terdapat dalam bilik darjah hendaklah ditutup/dimatikan jika tidak diperlukan sebelum meninggalkan bilik darjah.
12.8 Pintu bilik darjah hendaklah sentiasa dikunci (kecuali dalam keadaan tertentu) selepas kelas.
PERKARA 13 : BILIK-BILIK KHAS
13.1 Setiap murid hendaklah mematuhi segala peraturan khas bagi bilik-bilik khas seperti Makmal Bahasa, Makmal Sains, Pusat Sumber [Perpustakaan & Bilik Media], Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik PSV, Pusat Akses Kendiri, Makmal Komputer dan lain-lain.
PERKARA 14 : TANDAS
14.1 Kebersihan dan keselamatan tandas hendaklah dijaga pada setiap masa.
14.2 Gunakan tandas dengan betul dan tertib.
14.3 Dilarang membuang sampah atau barang tidak mudah reput atau hancur ke dalam lubang tandas atau sinki.
PERKARA 15 : KANTIN SEKOLAH
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.05/1995
15.1 Semua murid hanya dibenarkan membeli makanan dan minuman di kantin pada waktu rehat.
15.2 Murid hendaklah berbaris semasa membeli makanan dan minuman, tidak membuat bising dan sentiasa bersopan santun.
15.3 Sampah dan sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
15.4 Murid hendaklah makan di kawasan yang dibenarkan sahaja.
15.5 Murid dilarang membeli makanan dan minuman yang dijual di luar kantin sekolah.
PERKARA 16 : BILIK AGAMA / SURAU
16.1 Bilik Agama / Surau hendaklah digunakan untuk beribadat, PdPc dan aktiviti-aktiviti keagamaan sahaja.
16.2 Kasut / selipar atau apa sahaja alas kaki hendaklah ditanggalkan apabila memasuki Bilik Agama / Surau .
16.3 Murid dilarang menjadikan Bilik Agama / Surau sebagai tempat menukar pakaian atau tempat tidur atau perkara-perkara lain selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 16.1.
PERKARA 17 : AMAL IBADAT
17.1 Murid Islam diwajibkan solat pada waktu yang telah ditetapkan.
17.2 Semua murid dikehendaki menyertai setiap aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh agama masing-masing.
17.3 Murid dilarang menghina / mencemar amalan / kesucian setiap agama.
17.4 Penubuhan sebarang pertubuhan keagamaan mestilah mendapat kebenaran pentadbir sekolah.
PERKARA 18 : KEBERSIHAN
18.1 Murid perlu memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
18.1.1 Kebersihan pakaian hendaklah selalu dijaga.
18.1.2 Selalu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.
18.1.3 Murid-murid hendaklah bertanggungjawab terhadap kebersihan dan mencegah sebarang usaha untuk mencemar/merosakkan/menconteng bilik darjah dan bangunan sekolah.
18.1.4 Pelajar tidak dibenarkan berkuku panjang.
PERKARA 19 : KAWASAN-KAWASAN LARANGAN
19.1 Semua murid tidak dibenarkan sama sekali pergi, masuk atau menggunakan kuarters pengetua, kuarters guru tanpa sebarang urusan atau kebenaran.
19.2 Pengetua, semua guru dan pengawal keselamatan boleh menghalang mana-mana orang yang melanggar peraturan 19.1.
PERKARA 20 : HARTA BENDA SEKOLAH
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.08/2003
20.1 Murid yang merosakkan, menghilangkan atau bersubahat merosakkan harta benda sekolah dikehendaki membayar ganti rugi yang setimpal dengan harga barang yang dirosakkan atau dihilangkan.
20.2 Murid dilarang menggunakan harta benda sekolah tanpa kebenaran guru, guru tingkatan, guru kanan, penolong kanan atau pengetua.
20.3 Murid dilarang menggaris, melukis, menulis, menconteng, atau mengotorkan mana-mana bahagian bangunan dan harta benda sekolah di dalam kawasan sekolah.
20.4 Murid bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda sekolah setiap masa. Peminjaman harta benda sekolah mesti direkodkan dan dipulangkan ke tempat penyimpanan dengan jumlah yang sama seperti yang telah dikeluarkan.
PERKARA 21 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS [SPBT]
21.1 Buku-buku teks yang dipinjamkan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks hendaklah dibalut dengan plastik atau dengan kertas yang sesuai, dijaga kebersihan dan keselamatannya.
21.2 Buku-buku teks tersebut hendaklah dibawa ke sekolah setiap hari mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.
21.3 Buku-buku teks hendaklah dibawa balik selepas tamat setiap hari persekolahan.
21.4 Murid dilarang menconteng, mengotorkan, merosakkan, mengguntingkan atau menekap gambar rajah dalam buku-buku teks.
21.5 Buku-buku teks yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
21.6 Murid yang menghilangkan / merosakkan buku-buku teks dikehendaki membayar ganti rugi sama ada dengan buku teks yang sama atau dengan harga yang sama nilai dengan buku teks tersebut kepada pihak sekolah.
21.7 Murid yang berhenti sekolah hendaklah memulangkan buku-buku teksnya kepada pihak sekolah sebelum meninggalkan sekolah.
21.8 Murid yang bertukar atau berpindah hendaklah memulangkan buku-buku teks atau boleh dibawa ke sekolah baru jika dibenarkan oleh pihak sekolah.