PENDAHULUAN
Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta keterampilan mereka. Atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan, keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara.
Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin,sahsiah, dan komitmen murid-muridnya.
Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh Bahagian HEM untuk memastiakn matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan wawasan sekolah ini.
MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID
Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang , berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima serta menyuburkan potensi kepimpinan.
OBJEKTIF
i. Memahami Konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid.
ii. Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah.
iii. Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketerampilan.