PN. HASLELAWATI BT RAHIM @ UMAR
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata dalam kata alu-aluan Laman E-Pembelajaran SMK Jalan Paya Besar.
Pada hari ini, kita dapat melihat peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada fungsi tradisionalnya. Para pelajar bukan sahaja hadir ke sekolah untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Justeru kita perlu bersedia untuk melakukan pembaharuan dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang berterusan khususnya ketika negara bakal melangkah ke arah Revolusi Industri (I.R) 4.0. Cara penyampaian melibatkan white pengajaran board dengan menyalin nota dan sesi kuliah atau kelas yang panjang sudah lapuk serta mungkin kurang berkesan terutamanya dengan kewujudan teknologi baharu yang menjadi gaya hidup generasi kini. Sistem pendidikan negara perlu mengorak langkah ke arah pengajian yang dipandu teknologi digital yang lebih bersifat interaktif dan fleksibel. Oleh itu, warga pendidik terutamanya perlulah melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT) bagi membolehkan mereka mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0. Warga pendidik perlu memiliki kefahaman yang jelas mengenai teknologi terkini untuk memantapkan lagi sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) seterusnya dapat membantu melaksanakan sesuatu perancangan yang telah diaturkan oleh kerajaan mahupun kementerian. Sekian Terima Kasih.
“Sederap Membina Keazaman, Jana Pemikiran Berwawasan”
MANTAN PENGETUA SMK JALAN PAYA BESAR [2023 - SEPT 2024]
TUAN HAJI ABD GHANI B. ASRI
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik bagi memenuhi keperluan semasa khususnya di peringkat global. Oleh yang demikian, warga pendidik dan AKP merupakan arkitek sosial yang memikul tanggungjawab besar dalam mendidik, menyampaikan ilmu, membentuk sahsiah dan sekaligus menjana potensi murid ke arah yang lebih optimum. Sehubungan dengan itu, diharapkan google sites ini mampu merealisasikan cita-cita tersebut.
Kita sebagai warga pendidik perlu sentiasa memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi mendepani cabaran masa hadapan. Dalam hal ini, warga pendidik harus bekerja sebagai satu pasukan bermula di peringkat panitia masing-masing sehinggalah ke peringkat seterusnya. Ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh individu wajar dikongsi dan dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Natijahnya, hal ini dapat membentuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Paya Besar yang professional, berkualiti dan beretika.
Akhir kata, saya berkeyakinan penuh seluruh warga SMK Jalan Paya Besar akan sentiasa berusaha secara total untuk menyediakan landskap pembelajaran yang terancang. Segala cabaran dan transformasi yang akan mendatang, kita kan bersama-sama menerimanya dengan minda yang positif dan terbuka. Teruskan tekad dan gandakan usaha untuk tahun 2023 dengan harapan SMK Jalan Paya Besar akan terus cemerlang dalam segenap aspek.
“Sederap Membina Keazaman, Jana Pemikiran Berwawasan”
MANTAN PENGETUA SMK JALAN PAYA BESAR [2020 - 2022]
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata dalam kata alu-aluan Laman E-Pembelajaran SMK Jalan Paya Besar.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru kerana berjaya menyempurnakan pembangunan Laman E-Pembelajaran ini dengan jayanya. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi sudah tentu laman E-Pembelajaran ini tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang. Oleh itu, saya selaku Pengetua SMK Jalan Paya Besar ingin memanjatkan setinggi - tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa dan ucapan terima kasih kepada semua guru kerana telah mempamerkan kesungguhan dalam menghasilkan Laman E-Pembelajaran ini.
Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai cita-cita besar untuk menempa nama di persada negara dan dunia pendidikan, penggemblengan tenaga dan usaha daripada warga sekolah amat diharapkan supaya dapat menguasai ilmu untuk menghasilkan pendidikan berkualiti demi meningkatkan kecemerlangan akademik melalui pengurusan sekolah yang cekap dan efisien. Kewujudan laman ini mampu membantu sekolah untuk melangkah setapak ke hadapan untuk terus bersaing dalam arus teknologi maklumat. Justeru, kewujudannya diharap dapat menjadi pencetus dan pemangkin peningkatan hubungan ibu bapa dan masyarakat serta pihak sekolah pada masa akan datang.
Dalam mencapai matlamat ini maka usaha yang gigih dan pengorbanan yang tinggi merupakan faktor utama penentu kejayaan yang perlu dimiliki oleh setiap warga sekolah. Ianya menuntut iltizam yang tinggi bagi membentuk budaya kerja yang cemerlang dan jelas. Satu yang sudah pasti, laman ini boleh dimanfaatkan oleh semua warga pendidik di seluruh negara , bagi mengangkat kualiti dan martabat pendidikan ke suatu tahap yang amat cemerlang, melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan.
Saya berharap, semoga komunikasi, interaksi dan pertukaran maklumat akan terus berlaku dengan lebih pesat dan dinamik di ruang siber ini bagi manfaat bidang pendidikan negara. Semoga ini bukan kunjungan kali terakhir anda ke laman ini, kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda semua.
Sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian hari. In shaa Allah.
Sekian. Wassalam
Jamil Othman
Pengetua SMK Jln Paya Besar