Mula dibuka untuk sesi persekolahan pada 6 Januari 2002. Merupakan sekolah yang ke-23 di Daerah Kulim Bandar Baharu. Reka bentuk sekolah ini berkonsepkan “Design And Build”. Pembinaannya bertujuan menampung dan menyediakan prasarana pendidikan kepada penduduk setempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
Pada tahun 2002, tahun permulaan sesi persekolahan, sekolah ini menerima 694 pelajar yang ditempatkan di dalam 19 buah kelas. Kelas-kelas tersebut terdiri daripada kelas peralihan, lapan kelas tingkatan 1, lima kelas tingkatan 2 dan lima kelas tingkatan 3. Tenaga pengajar akademiknya pada tahun itu berjumlah 44 orang guru.
Generasi pentadbir terawal atau “peneroka” bagi sekolah ini terdiri daripada Tn. Haji Mohd Noor Bin Othman (Pengetua), Tn. Haji Ayob Khan Bin Ahmad (PKP), Hajah Nor Azian Binti Rejab (PK HEM) dan En. Norsidi Bin Nordin (PKKO). Mereka dibantu oleh Tn. Haji Khazali Bin Ahmad (Kaunselor), En. Halim Bin Yaakob (Disiplin), En. Amir Bin Juhari (Pengawas), En. Ishak Bin Amran (Buku Teks) Pn. Zurini Binti Hassan (Pusat Sumber) dan guru-guru penolong lain.
Kini pada tahun 2020, pelbagai pembangunan infrastruktur telah dibina seperti surau dan dewan tertutup, penghadang besi sepanjang padang, pondok pengawal dan kawasan parkir untuk murid dan staf.