Alhamdulillah terbina sites portal ini semoga dapat memberikan sumbangan bermakna kepada warga SMKJPB khususnya dan JPN Kedah amnya untuk mendapatkan kemudahan maklumat tentang urusan pendidikan seharian sesuai dengan perkembangan PdPR terkini. Terima kasih tidak terhingga buat warga guru yang menyumbangkan URL bahan pengajaran dan pembelajaran untuk kegunaan semua yang mahu mendapatkan maklumat. PdPc secara atas talian atau online menjadi satu aspek pentingan dalam suasana semasa kini. Ia bukan satu kehendak malah menjadi satu keperluan pendidikan dunia yang semakin berteknologi maju dan canggih sejajar dengan PdPR yang di arah oleh KPM. Semoga sumbangan semua pihak dalam menambaik portal ini menjadi satu amal jariah wakaf pahala yang berterusan hingga ke jannah. Pihak jawatankuasa portal mengalu-alukan segala bentuk sumbangan URL ilmu dalam apa jua bentuk sama ada penulisan ilmiah, video, sites, forms dan sebagainya.
Dengan lafaz Bismillah, saya merasmikan laman e-Pembelajaran SMK Jalan Paya Besar.
Sekian. Terima kasih.
ENCIK HAMDI BIN MAT ALI
Timbalan PPD Pembelajaran
PPD Kulim Bandar Baru